Assalamualaikum wbr...
Dah masuk 11 Syawal hari ni kan.. rasanya masih belum terlewat untuk Miza ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada pengunjung2 blog Miza ni... raya kan sebulan... ekekeke.. tapi sebenarnya, nak bermaaf-maafan tak perlu tunggu bulan Syawal je kan...
Maafkan salah dan silap Miza selama Miza sharing atau membebel dalam blog yang tidak seberapa ini... kot2 lah ada yang menyinggung perasaan ke, tersentap ke apa kan... maafkan Miza ya..sesungguhnya Miza manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan...
Ok lah.. biasanya.. kalau sebut bulan Ramadhan, mostly orang ingat pasal tak boleh makan.. lapar dan dahaga je kan? Kalau bulan Syawal lak..? ingat makannnn je eh? sebab banyak jemputan open house sana sini... hah, makan tu makan jugak dik non... tapi jangan sampai berlebihan... apa2 yang kita amik pun, kalau diambil secara berlebihan pasti akan memudaratkan...
Yang Miza nak share hari ni... artikel kenapa kita susah nak kurus walaupun dah beriya2 diet, amik suplemen, ubat kurus, ikut petua mak nenek segala, tapi tak jadi2... hah cuba semak balik... maybe dalam banyak2 ni ada yang kena dengan idung kita... cuba2 lah ubah ye!
Kenapa susah nak turun berat badan walaupun setiap hari diet? Ini keluhan biasa dalam proses menurunkan berat badan. Walaupun anda seorang yang rajin bersenam tetapi berat badan bukan saja tak nak turun, malah terus bertambah pula! Mungkin sebenarnya terdapat banyak kebiasaan buruk yang anda ‘terlupa’ semasa di dalam proses diet atau menurunkan berat badan. Okay, berikut kami ingin kongsikan 15 punca mengapa anda sukar menurunkan berat badan.
1. Pengambilan air soda
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa.
2. Kurang tidur
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan.
3. Tidak bersarapan
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari.
4. Makan terlalu cepat
Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tak, kalau makan tu terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala tu tak sempat kunyah dah telan terus. Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20 minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.
5. Kurang minum air putih
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.
6. Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti. Ha, tapi itu tak bermaksudlah anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi tau. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam ke, amalkan pola pemakanan sihat.
7. Makan Ketika Tertekan/Stres
Ketika stres, ada di antara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. So ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.
8. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Tahu tak dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.
9. Terlalu banyak menonton televisyen
Ketika menonton televisyen, fikiran anda lebih tertumpu di hadapan televisyen. Jadi anda lebih cenderung makan makanan ringan semasa menonton televisyen kadang-kadang sampai terlebih-lebih tanpa disedari.
10. Pinggan Yang Digunakan Bersaiz Besar
Pinggan besar, makin banyak makanan yang boleh diisi. Bila banyak makanan boleh diisi, banyak lah yang kita makan. Bila makan banyak, badan jadi gemuk. Simple kan? Maksud saya simplekan cara untuk menjadi gemuk.
11. Pesan Combo Makanan
Biasanya menu combo di restoran lebih murah dari harga makanan ala carte dan mempunyai bermacam side menu tambahan. Tapi jangan lupa dengan menu combo tu, anda akan mengambil lebih banyak kalori dan dah tentu jugaklah anda akan menghabiskannya kerana tidak mahu membazir. Faham tak konsepnya disitu?
12. Minum Kordial
Jus dan kordial adalah merupakan jenis minuman yang berbeza. Minuman kordial biasanya mengandungi sedikit kandungan buah asli tetapi pemanis buatan fruktosa yang tinggi berbanding jus buah sebenar yang datangnya 100% dari buah sebenar. Jadi, pilihlah jus buah sebenar (boleh je blend sendiri kan) kerana ia pasti kurang gula buatan berbanding jus sebenar.
13. Makan Dengan Potongan Yang Besar
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan.
14. Malas Bersenam
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan (diet lah katakan), tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang yang berlemak itu tanpa senaman. Badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam. Banyak video senaman mudah yang anda boleh lakukan di rumah yang terdapat di YouTube. Semua dihujung jari.
15. Makan Lewat Malam
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam tu membuak-buak, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah. Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal.