Mama

Mama
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, 11 February 2014

Punca Jerawat di Muka dan Badan

Minggu lepas Miza up kan dos Alfalfa.. sebelum ni Miza amik 5 bijik je sehari.. tapi skrg dh up ke 10 bijik... so harus la healing krisis (HC) kan... HC yang paling ketara... keluar jerawat kat hidung dan dagu... uwaaa nanishhh... nak selfie pun rasa tk best hihihi... tapi nak sihat, nak cantik punya pasal, kena la sabar kan...

So, disebabkan muka Miza naik jerawat.. Miza terpanggil untuk share info pasal jerawat hari ni... kih kih kih.. aci tak? Aci kat India la Upin Ipin kata... haha..

Kalau pasal bab2 kulit ni.. bagi Miza, info2 di blog Dr Hasseenah ni sangatlah membantu... Jom tengok info pasal jerawat ni... Credit utk Dr... :))


APAKAH JERAWAT?

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita, dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Kenali Punca-punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Berikut diterangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama 'Propionibacterium acnes' pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai 'Propionibacterium acnes' yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belenggu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. 


Tu dia punca-punca jerawat... yang mana yang terkena dengan diri kita...? Haha... Ok kesimpulannya... nak elakkan jerawat ni, yang penting... jaga kebersihan.. jangan malas mandi, malas cuci muka, jaga pemakanan, jaga kesihatan mental - tak mau stress2, pilih pakaian yang tak terlalu tebal, pilih produk penjagaan kulit yang betul, kalau guna sunblock ke moisturizer tu pilih la yang ringan supaya pori/liang muka tak tersumbat...

Kalau kulit muka terjaga, licin halus dan tak ada jerawat, sekaligus self esteem pun meningkat kan.. nak jumpa orang pun tak rasa segan, malah yakin je... lagi2 kalau kerja kita memerlukan kita berjumpa orang selalu... lagilah kena bagi perhatian... 

Okay.. nanti Miza akan share lagi info pasal jerawat ni... tungggguuu....!!!

XOXO!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

1 comment:

  1. Punca Tumbuh, Naik Jerawat.
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/08/punca-tumbuh-naik-jerawat.html

    ReplyDelete

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali!

Lamanya tak update blog.. last post tahun 2019, aduhaiiii… ni dah masuk tahun 2022. Masih ada ka yang dok baca blog lagi?  Kakmaneh cuba ins...