Dah diet bagai... perut semua dh slim mlim.. tp paha lak besar... huhuhu.. tak cantik la kan..? Bentuk badan buah pear org kata... entri akan datang Miza akan share cara senaman nk kecilkan paha.. Sebelum tu, utk entri kali ni, Miza nk share faktor mengapa paha menjadi besar... kena tahu punca/faktor dlu kan... boleh try atasi mana yg boleh dlu...
1. Faktor keturunan menjadi penyebab paha anda menjadi besar. Ini berkait rapat dengan jumlah kandungan lemak yang terdapat di dalam tubuh.
2. Pola pemakanan juga merupakan salah satu penyebab mengapa paha menjadi besar.
3. Jika anda kerap makan pada malam hari, ia mampu merangsang pertumbuhan lemak kerana kurangnya aktiviti yang anda lakukan pada waktu malam.
4. Kurang olahraga. Jadi paha semakin membesar kerana lemak tidak terbakar pada bahagian tersebut.
5. Jantina seseorang juga mempengaruhi jumlah lemak yang terkandung dalam badan. Biasanya wanita lebih banyak lemak berbanding lelaki.
6. Usia juga sangat mempengaruhi bentuk paha seseorang. Semakin tua usia seseorang, semakin sedikit aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Jadi timbunan lemak pada bahagian paha semakin meningkat.
Bagi Miza, point no.3 tu antara yang paling baik kalau kita dapat amalkan... cuba amalkan dinner sebelum jam 7 atau 8 malam. Pastu kalau dapat buat aktiviti senaman sikit siang2 tu would be much better... kan?
Jom kita try tips no.3 dan no.4 tu dlu.. tunggu entri Miza akan datang ya.. XOXO...!!!
No comments:
Post a Comment