Mama

Mama
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 16 June 2013

Zat Makanan Penting Semasa Mengandung

Aslm wbr..

Alhamdulillah... Yaya dh tidoq... so mlm ni dpt la mama wat entri awal sikit... Hari ni nk sharing info yg saya baca dari Majalah Pa & Ma bulan Februari 2011...  Zat makanan penting yang perlu diambil sepanjang tempoh kehamilan.. (Straight forward jerlah ye... kang membebel pjg2, x capai matlamat pulak.. hihihih)

Dengan pengambilan makanan sihat dan seimbang, in sha Allah... ibu hamil dijamin dapat memenuhi keperluan nutrien sewaktu hamil.  Namun diingatkan juga, ibu hamil perlu tingkatkan pengambilan beberapa jenis nutrien agar kesihatan kedua-dua belah pihak (iaitu ibu dan kandungan) terjamin...  Zat-zat tersebut ialah...

Asid Folik

Ia penting dalam pembentukan hemoglobin iaitu pigmen yang mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh serta berupaya mencegah kecacatan tiub saraf (NTD).  Ibu hamil disaran mengambil 400 - 600mg asid folik sehari.  Ia boleh didapati daripada sayur berdaun hijau dan kekacang.  Ketahuilah, pengambilan suplemen folat sebelum dan semasa 2 bulan pertama kehamilan dapat memberi perlindungan kukuh terhadap kecacatan tiub saraf seperti spina bifida (means, kalau yg tgh planning nk pregnant tu, better la amik asid folik sblm pregnant lagi..)

Zat Besi

Ibu hamil memerlukan kira-kira 30mg zat besi setiap hari.  Zat ini penting untuk membentuk hemoglobin bagi menghindari diri daripada masalah anemia.  Tanpa zat besi yang mencukupi, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sehingga boleh menjejaskan fungsi organ dan tisu tubuh akibat kekangan oksigen.  Keadaan ini turut membahayakan bayi di dalam kandungan disebabkan oleh kekurangan oksigen.

Biarpun nutrien ini boleh ditemui dalam kebanyakan jenis makanan, namun sumber haiwan (daging) lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding sumber tumbuh-tumbuhan (sayur-sayuran).

Karbohidrat

Ibu hamil memerlukan makronutrien seperti karbohidrat yang berfungsi membekalkan tenaga harian.  Jumlah karbohidrat yang anda perlukan setiap hari adalah sekitar 55%, keperluan tenaga yang boleh didapati daripada makanan daripada sumber karbohidrat.  Sumber karbohidrat yang penting adalah nasi, pasta, bijirin, roti bijirin penuh dan kentang. 

Kalsium dan Vitamin D

Untuk perkembangan tulang dan gigi sihat, pengambilan vitamin D dan kalsium patut diberi perhatian sewajarnya.  Vitamin D boleh diperolehi daripada cahaya matahari, susu dan produk tenusu.  Fungsinya ialah membantu penyerapan kalsium dalam tubuh.

Disebabkan keperluan kalsium bayi meningkat, ibu hamil perlu menambah pengambilan kalsium harian bagi mencegah kehilangan kalsium daripada tulang.  Kalsium pula boleh didapati daripada susu, produk tenusu, bayam, tofu, ikan bilis dan ikan sardin.  Ibu hamil disaran mengambil sekurang-kurangnya 1000 - 1200mg kalsium sehari.

Vitamin C

Vitamin C turut dikenali sebagai asid askorbik.  Vitamin ini sangat penting ketika hamil kerana ia membantu penyerapan zat besi, merangsang kesihatan gusi, tulang dan gigi serta mengekalkan daya ketahanan tubuh.  Ibu hamil dan bayi memerlukan Vitamin C yang mencukupi setiap hari kerana ia penting untuk pembentukan kolagen sebagai komponen tulang rawan, otot, tulang dan kulit.

Berdasarkan kajian, penyelidik percaya bahawa kekurangan Vitamin C di kalangan bayi baru lahir boleh melemahkan perkembangan mentalnya.  Ibu hamil boleh memperolehi Vitamin C daripada buah-buahan sitrus, sayur-sayuran hijau, jambu batu dan tomato.

Protein

Nutrien ini penting untuk perkembangan sel-sel baru bayi.  Lebih kurang 80gm protein diperlukan daripada pelbagai sumber protein yang anda ambil.  10gm digunakan di keseluruhan waktu trimester pertama.  Ketika di trimester kedua, 10gm diperlukan setiap minggu dan 10gm setiap hari diperlukan di penghujung trimester kehamilan.  Sumber makanan ini merangkumi jenis makanan seperti daging, ikan, ayam, telur putih, kekacang dan tofu.

DHA

Kajian menunjukkan omega-3 seperti DHA banyak ditemui di dalam otak, saraf dan retina.  Oleh itu, ia dipercayai menjadi nutrien perlu bagi membantu perkembangan otak dan mata bayi mahupun kanak-kanak.  Jika ibu hamil memperoleh bekalan DHA mencukupi pada peringkat akhir kehamilan, ibu akan melahirkan bayi yang memiliki status DHA yang baik.

Kajian turut menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang mengambil suplemen DHA semasa hamil dan ketika menyusukan, menunjukkan prestasi kognitif dan keputusan ujian IQ yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang mana ibunya tidak mengambil suplemen DHA.

Antara lain, pengambilan suplemen omega-3 dapat mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.  Malah pengambilan DHA turut digalakkan kepada anda yang merancang untuk melahirkan lebih daripada seorang anak.  Hal ini kerana kajian membuktikan kelahiran yang ramai menjejaskan tahap DHA tubuh ibu dan seterusnya merencatkan status DHA anak yang dilahirkan.  Oleh yang demikian, dicadangkan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA asid lemak omega-3 setiap hari.

Probiotik

Bakteria hidup bermanfaat kepada kesihatan kerana di dalam usus, probiotik menghasilkan enzim dan vitamin B tertentu.  Pengambilan suplemen probiotik yang berkualiti tinggi berupaya memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrien serta dapat mencegah masalah sembelit dan radang usus.  Keberkesanan probiotik untuk sistem imunisasi berjaya dibuktikan menerusi kajian ke atas bayi dan kanak-kanak.

Probiotik tidak sahaja bermanfaat untuk usus anda, malah berguna dalam mencegah penyakit urogenital seperti jangkitan saluran kencing ketika hamil.  Jenis-jenis bakteria yang digunakan untuk menangani masalah jangkitan saluran kencing, yis dan kulat adalah Lactobacillys rhamnosus GR-1 dan Lactobacillys reuteri RC-14.  Untuk pengetahuan anda, suplemen probiotik adalah selamat untuk diambil dalam jangka masa panjang.

Air

Ibu hamil perlu menjaga kesihatan tubuh badan mereka agar tidak dijangkiti penyakit kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan.  Oleh kerana itulah, ibu hamil digalakkan untuk minum air dalam kuantiti yang disarankan bagi menghindari daripada dijangkiti penyakit seperti demam atau selsema.

Adalah penting untuk ibu hamil minum air dalam jumlah yang mencukupi.  Tambahan pula, isipadu darah ketika hamil meningkat secara mendadak.  Jadi dengan meminum air yang banyak iaitu 8 gelas sehari turut boleh mengelakkan masalah-masalah berbangkit seperti dehidrasi dan sembelit.

Okay.. dh abis baca...? hehehee... Sepanjang tempoh mengandungkan Yaya dlu, saya amik set ibu mengandung Shaklee.. ternyata set tersebut menawarkan semua keperluan zat penting di atas tu...  Syukur, sepanjang kehamilan kesihatan saya di tahap yg baik... Bkn sbb nk promote produk... tp saya lebih suka berckp ttg produk base on pengalaman saya sndiri...

Berminat...? Boleh contact saya... saya akan consult yg terbaik untuk anda...   :))

Love n' Care..

Friday 14 June 2013

Kulit Cantik dengan ESP Shaklee!

Aslm wbr...,

Lamanya tk update blog...! Sebenarnya... saya masih tercari2 the best template utk blog saya ni... saya m'bygkan blog saya ni samada background kaler pink, or pepel... my favourite colour... template/background yg tk terlalu serius.. tk terlalu fancy.. just nice lah... tp bila dh jumpa template yg dihajati, mcm2 la pulak rintangannya... cari link x jumpa la... bila dh buat tk menjadi la... (sebenarnya saya yg x pandai kan... huk3)... last2 give up lah sbb rs mcm buang masa pulak.. sbb selagi saya tk puas ati dgn 'ubahsuai rumah' ni, selagi tu saya x update blog... so... redha jerlah dgn apa yg ada... dari masa ke semasa in sha Allah kalau diberi kesempatan, saya edit lah sikit2... yg penting 'blogging will go on'... tih tih...

Hari ni nak share pasal ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein...  saya consume ESP ni dari masa pregnant lagi.. smpi sekarang.. dlu2 slalu gak skip... hihihi... tp skrg ni wajib amik ESP ni setiap pagi... shake dgn milo... tk yah letak susu pekat/creamer/gula lagi dh... gabungan 2 ni pun dh sedap...  lepas minum ni... mkn roti bakar ke 2 keping... astu rs kenyang je.. x lorat dh nk ulang mkn smpi tghari... kdg2... bancuh masa minum petang pulak... sedap..

Penah skali tu.. masa try baju kt toilet.. opismet tertgk perut saya... (org ppuan lah sgt kan... hhihihi) dia ckp, perut saya tk merekah dan tak nmpk mcm perut org yg dh pregnant 3 kali... kembang la kejap kan.. hehehe.. sbb selama ni tk pernah lak belek2 perut sendiri... bila org tegur mcm tu.. perasan lah kan.. apa lagi... hehehe... satu lg... masa gi kenduri ritu, jumpa sedara mara... ada yg tanya.. saya amik apa skrg ni, sbb kulit tgn saya lembut... (kembang lagi... hahaha)  Siyes ckp, saya ni bknlah jenis yg suka pakai lotion badan, tgn bagai tu... suka beli lotion tp tk suka pakai... sbb rs mcm melekit je bila kena air... dan rs tk selesa bila nk mkn... (saya ni pelik sikit...)  Hah satu lagiii... Kulit Yaya pun cantik, hasil pengambilan ESP masa pregnant dlu.... Klu korang nk tau... Yaya ni cepat berpeluh.. tp Alhamdulillah... kulit dia tk pernah kena ruam panas atau gatal2...

Ok.. meh tgk... Apa dia ESP ni...?


Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.  Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.  Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda.  Manakala kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah.  Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang tertinggi, manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.  Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah adalah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Manfaat Utama
  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland (kelenjar) dan lain-lain.  Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita.  Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistien yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.  Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radiant kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Kepentingan Protein

  • Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.  Ia juga merangsang fungsi psikologi.  Maka, setiap organ kita memerlukan protein.  Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
Apa Itu Asid Amino?

  • Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
  • Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia.  Ini dikenali sebagai asid amino tk perlu.  Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu.  Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Hurmmm... panjang nya explaination dan testimoni saya.... penat lah sikit nk bc... tp sekurang2nya faham dan nampak kan function ESP ni..

Kalau berminat... leh contact saya ya... Saya akan berikan consultancy dan harga terbaik...

Love n' Care.. :)

Thursday 6 June 2013

Set Kesihatan Kanak2 Shaklee

Aslm wbr...

Hari ni saya nk share set kesihatan untuk kanak2 Shaklee... iaitu Meal Shakes dan Omega Guard... supplemen 'dua beradik' ni wajib ada kt umah saya tau...! sbbnya.. anak2 saya smua consume set ni.. daripada yang sulung tu... Yasmin 12 tahun.. Ain 9 tahun.. sampai lah ke Yaya cinonit yg berumur setahun tu pun consume... eh tp Yaya tk consume lagi Omega Guard... hihihi... mau muntah ijau nk bg dia telan OG.. baru la OMG... kih3...

Yang saya notice... sejak anak2 saya consume MS dan OG ni.. anak2 saya susah nk kena demam, selsema dan yang seangkatan dgnnya... klu tidak, pantang sorg kena demam selsema dlm umah ni... abih nti smua khatam... amik giliran lps sorang.. sorang kena...  klu terkena pun.. cpt jer sembuh... x drag byk2 hari...  Ain, anak kedua saya selera mkn kurang... tp sejak amik MS, alhamdulillah... bg lah aper jer suh mkn... sumernyer OK...! hihihii... dari segi persekolahan pulak (antara fungsi OG adalah untuk minda anak2)... ada peningkatan terhadap keputusan peperiksaan Ain dan Yasmin...  Ibu bapa mana yg tk gembira kan... anak sihat dan cemerlang juga dalam peperiksaan...

Meh kita tgk lebih lanjut cerita cerita pasal Meal Shakes dan Omega Guard nih... :))

  • Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic.  Rasanya enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan, dan jika dihidang seperti disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.
  • Pilihan protein soya terbaik anda (sesuai untuk semua, terutamanya kanak2 yang kurang selera makan, sembelit, kurang tumpuan, ada asthma, ingin tumbesaran yang sihat, selalu selsema).
  • Juga sesuai untuk ibu mengandung, menyusu, pesakit2 dalam proses pemulihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat, mereka yang tidak suka tablet/pil, tidak ada masa/tidak sempat untuk bersarapan.
  • bagus untuk yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ini datang dalam bentuk serbuk, dibancuh jadi minuman yang lazat.

  • ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan
  • mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.  DHA dan EPA dari OG ni penting untuk pembentukan otak dan mata baby
  • untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
  • Omega Guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan  molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga.  Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega 3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
  • membantu dalam proses pembelajaran
  • semasa mengandung dan menyusu, DHA dari otak ibu akan diserap oleh anak.  Tidak hairanlah wanita yang mempunyai anak cepat lupa.  Jadi pengambilan OG amat penting untuk memelihara ibu dari penyakit lupa.

Haaahhhh... dah baca dah kan... so apa salahnya kita melabur sikit... bkn untuk org lain, untuk anak2 kita jugak kan... lgpun, harga supplemen 'dua beradik' ni adalah mampu milik dan berbaloi... nti saya share lagi info pasal Meal Shakes dan Omega Guard ni... ni baru sikit jer ni... kan kan kan...

Oppssss... sebelum terlupa... sepanjang Jun 2013 ni.. Meal Shakes ader offer tau... beli 6 percuma 1...!  Rugi sangat klu tk grab.. lepas ni ntah bila lagi nk ada offer... baik bli byk2 buat stok... nak2 pulak bulan puasa dh dkt ni kan... satu family pun boleh consume...  boleh bagi tenaga berpanjangan sepanjang hari berpuasa... kulit pun cantekkk...! Tapi kalau tk nak beli smpi 6 can pun tk per... boleh jer nk bli 1 ke, 2 ke, 3 ke, 4 ke.. 5 ke...! still boleh dapat harga yang berpatutan... yg penting, ati mau sajaaa... ok! kekekeek...

Kalau berminat, nk tya ke.. no prob...
FEEL FREE TO...
PM/SMS/Viber/Whatsapp/Wechat saya,
Nor Hamiza Ahmad, 019-4567268 

Anak suka... ibu setuju kekdahnya... hihihihi
Wassalam...

Tuesday 4 June 2013

7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlu Supplemen?

Aslm wbr...

Penah satu ketika tu... saya tgh nk amik supplemen saya lepas makan.. ader la berbijik2 jumlahnya... dgn pelbagai saiz dan kaler... astu ader la org tegur... 'byknya mkn ubat....??? sakit ka...??' hehehe... tak... saya tk sakit... yg saya amik tu bkn ubat ok... tp SUPPLEMEN... Alhamdulillah... dari kecik lagi saya dh diajar oleh mama saya utk amik supplemen... masa tu mama saya jadi ahli Amway... hehehe.. igt lagi.. tiap2 mlm kami adik beradik 'beratur' nk mkn supplemen... dan itulah yg saya praktikkan pada anak2 saya skrg ni... tp tk lah smpi beratur2 sbb anak2 saya yg blh amik supplemen buat masa ni 2 org jer..! Yaya will be the next... hehehehe

Pjg pulak membebel kak Ton nih...! Jom tgk, 7 sebab 'pasepa' kita kena amik supplemen... hhihihi...

  • Badan kita perlukan dos vitamin yg lebih tinggi dari apa yg kita boleh perolehi daripada makanan.  Contohnya Vitamin C dan E yg kita dapat daripada makanan yang kita ambil hari2 tu sebenarnya tk cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.  Contoh yg mudah lagi... Vit C dari buah oren/kiwi/blackcurrant etc tu... larat ke kita nk mkn semua buah tu byk2 dlm satu hari utk penuhkan keperluan Vit C harian kita... huhuhu

  • Buah-buahan dan sayuran yang ditanam atas tanah yang tak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur.  Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar turut mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.  Manalah kita nk tahu kan buah/sayur yg kita bli kt market tu tanam kt tanah yg subur ke.. tk subur ke.. tahap mana kualiti nya manalah kita tahu kan..

  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.  Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.  'apa/bagaimana proses yg dilalui' oleh bahan makanan sblm smpi ke tgn kita tu kita tau ke mcm mana....  klu masak sendiri pulak, betul ke cara kita memasak tu utk kekalkan zat makanan dlm tu...

  • Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.  Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh. Sakit kepala sikit telan panadol... selsema sikit rendam Soluble... astu mkn tu... apa yg masuk ikut mulut tu ikut selera jer... sumer belasah... igt smua tu boleh ilang camtu jer ke lepas qada hajat kt toilet... tk yer... semua tu ader gak tinggal dlm bdn... astu efek pd 'benda2 baik' yang kita makan...

  • Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.  Orang suh mkn sayur/buah byk, tp kita mkn nasik sama byk dgn lauk... kurang minum air... pendek kata, ikut suka ati jer...

  • Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.  Kt Malaysia ni bersepah2 restoran yg segera la, tk segera la... 24 jam... blk kerja tgh mlm ke, pagi2 sepiee ke... semua pun leh pilih nk mkn mcm2 pilihan ada... sihat tk sihat mknan tu blkg kira...

  • Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.  Asal boleh makan... asal boleh masak jer... balance diet ke... tk ke... hantam sajalah labu...

Hah... jd dh tahu kan kenapa kita kena amik supplemen... supplemen ni bknnya ubat... tp mcm 'penutup' mana2 lubang yg lompong dlm bdn kita... prevention is better than cure... ader sesetengah org kata dia sihat jer... x der sakit aper2 pun... buat apa nk amik supplemen... ye ke sihat...? zaman skrg ni penyakit mcm2 x kira umo... tua ke muda ke.. astu klu dpt 'warning' tk per gak... klu tiba2 kebaboom mcm bom jangka... cenna tuh... jgnlah dh terhantuk baru nk terngadah kan...

Kesihatan adalah salah satu nikmat yang perlu kita jaga dan syukuri... klu duit byk tp tk sihat pun tk der makna kan... biarlah kesihatan dan kesenangan tu berjalan seiring... lebih indah begitu...

Wassalam...

Mau jadi blogger juga.... heheheeh

Aslm wbr...,

Alhamdulillah.. ni entri saya yg ke-3 sejak mencuba-cuba nk jd blogger tegar ni... (kot??)... kih3... mcm tk percaya... slalu2 tu... dok baca blog org jer... mmg saya kagum, salute betul dgn semangat dan kegigihan blogger2 di luar sana... tk kira lah blogger masakan ke, blogger yg suka2 sharing kisah diri ke, blogger yg biz online ke... dan mcm2 blogger lagi...
sbbnya.. bila dh ader blog sendiri nih.. br la tau camna kan.. dlu bila tgk blog org... org tu dh lama tk updated blog dia.. ati ni kdg2 jahat gak berkata2... 'hurmphh... tk dak entri baru pun...' heheheh ampunnn...!  rupanyaaaaaaa... nk buat entri biasa2 ni pun sgt lah menguji kesabaran... tgh semangat nk update blog... line slow la, entri yg dh sekerat jln tiba2 hanging astu x leh nk edit la... anak menangis la (hahahaa cian Yaya...!)

Siyes.. saya tk malu mengaku... yg saya ni mmg x pndai hal2 blogging ni... tgk lah 'umah' ni pun seindah biasa jer... tk derlah santek2, lawa2 mcm blog2 org lain tu kan... bila dh ader blog sndiri ni, rs rendah diri sgt bila jengah 'umah' org lain... tp in sha Allah... saya anggap ni sbg cabaran untuk diri sendiri...

blog ni mcm open diary pun ader kan.. apa yg diluahkan... itu lah yg di hati.. kalo yg x sesuai nk sharing tu... x yah ler msuk as entri kan... ye dak..? (yg ni pun nk citer si Miza nih..! hohoho...) hopefully saya dapat memanfaatkan blog ini sebaiknya... Sharing is Caring kekdahnya kan kak Ton... hihihi...

mula2 buat blog ni pada 2 Jun 2013 ritu... saya slalu terpk.. ader ke yg nk tgk blog saya ni... aper yg saya nk citer... aper yg saya nk share.. tp smpi hari ni.. tgk Total Pagereview ada la dlm 72... hehehe... tergelak2 saya dgn en.somi td... saper la yg tgk blog saya ni kan.. kesian kt depa sbb ader 2 post jer... hihihi... In sha Allah...! saya akan cuba update se'istiqamah' mgkin (kih3..).. tk kira la entri psal apa2 kan... sbb saya tk nak tetapkan blog saya ni utk satu2 perkara saja...  kiranya... --> ni peberet word saya... blog saya ni mcm Astro lah... 'mcm2 adaaa...'.. saya nk share daily routine saya ke.. saya nk buat biz Shaklee on9 ke.. saya nk share resipi masak2 ke... semua dlm ni... bulehhh kot no...

Sebarang cdgan/komen/nasihat adalah dialu2kan... (tp biarlah kena dgn gayanya... kita kan org Melayu yg terkenal dgn budi bahasa dan adab sopan.. ahaksss...)  Sesungguhnya... yg baik tu dtgnya dari Allah.. yg buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri...

Wassalam...

Monday 3 June 2013

Keistimewaan Shaklee



SENTIASA SELAMAT
  • Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar
  • Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
SENTIASA BERKESAN
  • Lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk
  • Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen
  • Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.
SENTIASA MESRA ALAM
  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah juga bumi anda
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.

  • Didorong oleh sains, bukan disebabkan pilihan ramai : Shaklee mempunyai lebih 100 laporan saintifik, 90 daripadanya diterbitkan di dalam jurnal saintifik bagi rujukan para saintis
  • Membina kesetiaan melalui kualiti : Secara purata setiap pelanggan Shaklee telah membeli produk selama lebih 17 tahun!

Hurm... daripada penyataan di atas, nyatalah produk2 Shaklee ni bukan omong kosong... bukannyer main ngaku suka2 jer.. semuanya based on kajian etc... x kan tk percaya lagi... percayalah... hehehe...

Kenapa Shaklee...?

Bismillahhirrahmannirrahim...

Perkenalan saya dengan Shaklee adalah pada Oktober 2011..
pada masa tu, saya baru disahkan pregnant anak ke3...
so saya pun sibuk lah gugel cari supplement utk ibu hamil..
almaklumlah... umo dh 30an... bkn mcm msa peknan umo 20an dlu kan...
lgpun dlu2 tk baper reti... bila dh msuk anak ke3 ni, klu blh nk lah bg yg terbaik utk baby...

Dari situ juga bermula perkenalan saya dgn 'mama Shaklee' saya Norhanita Yusof... Ita sgt sabar dgn setiap pertanyaan saya msa mula2 consume Shaklee tu... hehehe... sikit2 nk kna jwb sms saya... kan Ita kan..

Alhamdulillah sepjg tempoh peknan, wlupun saya sgt stress di ofis (baru tukar bos msa tu)... dan mengalami 'sindrom' tk lalu mkn/muntah2 dari mula peknan smpi dkt nk bersalin... tp kesihatan saya dan baby di tahap yg memuaskan...!

Berat bdn saya turun naik mcm yoyo, (standard la klu gi klinik kerajaan tu kakak misi bebel2)... tp tahap HB/gula etc tk penah smpi tahap kena refer sana sini...
sepjg peknan tu juga, wlupun saya tk lalu mkn, hari2 blk kerja lmbt...
tp saya masih ttp cergas utk buat kerja2 umah lps blk kerja...

Dan yg plg best... msa peknan tu... ada yg tegur...
kulit saya nmpk makin cerah... hehehe...
astu... klu preggy mommies yg lain sakit2 blkg, simpul biawak terutamanya di akhir kehamilan... tp siyes... saya tk alami semua tu...!

Dalam berat bdn turun naik tk menentu tu...
saya slalu pk, mesti baby saya lahir nti kecik... x mcm kakak2 dier..
Anak sulung saya - Yasmin.. msa lahir berat dier 3.35 kg...
anak ke-2, Ain... berat sikit 3.55 kg...
tp rupanya baby saya - Yaya dilahirkan dengan berat 3.27 kg...!
Syukur sgt2...

Yaya juga sgt berbeza semasa dilahirkan...
kulit dier putih kemerah2an... lain sgt dari kakak2 dier 
(bukanlah niat nk banding2kan anak2 ok... mama syg smua anak2 mama... heehehe...)

Sepjg peknan... saya amik set mengandung Shaklee... mmg puas ati sgt2...
dan smpi skrg saya dan family msih consume Shaklee... Shaklee lah supplement yang paling lama saya pernah bertahan... kui3... (supplement lain slalu x smpi 6 bln pun...)

Biler dh lama consume dan merasai sendiri kebaikan/kelebihan Shaklee ni...
timbul kekuatan nk share dgn org lain... that's why i'm here...
tk rugi klu kita berkongsi kebaikan dgn org lain kan...
sekurang2nya kita akan gembira bila tgk org lain pun gembira...

~ Alya Arissa, dilahirkan pada 26/5/2012 ~

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali!

Lamanya tak update blog.. last post tahun 2019, aduhaiiii… ni dah masuk tahun 2022. Masih ada ka yang dok baca blog lagi?  Kakmaneh cuba ins...