Mama

Mama
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 18 September 2014

Buat gak akhirnya... Kek Puding Karamel Pelangi

Sebenarnya Miza dah laaaaama sangat tingin nak makan kek yang semakin jadi fenomena ni.. Cuma, yang selalu membantutkan hasrat Miza nak try kek ni, sebab kena buat meringue! Seriously.. kalau Miza tengok resipi yang kena buat meringue.. terus stop, tak scroll dah resipi tu.. tak tahu la kenapa, tapi Miza rasa macam susahnya nak buat meringue tu... dgr macam2 pantang lak tu.. tak boleh termasuk telur kuning walau sikit pun, tk boleh peralatan ada air sikit pun.. adoyaiii.. banyaknya don'ts dia...

So bila Miza jumpa kt FB ada yang jual Tepung Segera Kek Puding Karamel Pelangi ni, Miza pun terus la beli.. ingatkan sebab dah segera kan, tak yah la buat meringue.. rupanya kena buat jugak! huh.. peram lagi la dalam kabinet...

Tapiiii.. lately ni kat page Resipi Ringkas tu, makin ramai lak yang cuba dan menjadi... pastu siap dok cerita kata kek tu sedap la dan macam2 lagi yg bikin panasss jer kan.. makin membuak2 la dalam hati ni nak buat dan nak rasa akan kesedapan kek yang diwar2kan tu...

Maka, masa cuti umum Hari Malaysia ritu, Miza pun mengumpulkan kekuatan (ayat tk leh blah) utk buat jugak kek idaman Malaya ni... guna tepung segera yang beli dah berkurun tu.. sib baik tk expired lagi... Pecah peluh la jugak nak mengasingkan telur kuning dan putih tu (lebih pada nervous takut tak jadi sebenarnya haha).. 

Ni tepung segera yang Miza gunakan... masa baca step2 yang diberi dalam pek tu.. dah rasa macam, 'eee renyah nyaaa..' tapi buat jugak pelan2.. sib baik Yaya tido masa tu...

 :: siap bawak pek duduk kat sofa, baca step by step dia haha gila nebes mak ::


Masa baca cara buat tu, baru pasan... oven Miza cuma muat loyang 8 inci je... kek tu kena masak dalam loyang 8 inci, bersama loyang yg lbh besar berisi air.. so kena lah fikir cara lain... masa tu dah rasa mcm nk stop buat pun ada... rasa tak berani nk memandai2 takut lain pulak jadinya...

Tinggg..! Idea mai dah...! Apa yang Miza buat... Miza pecahkan kepada 2 loyang kecil.. satu loyang Miza guna kaedah waterbath.. satu loyang lagi Miza kukus guna periuk nasi elektrik... 

Oven Miza tu kan dah season.. kek terhangit/hitam kat atas tu mmg trademark dia la... itulah yg terjadi pada kek ni.. tapi kurang hitam dari selalu, maybe sebab waterbath kan.. tapiiiiiiiiiiii (panjangnya tapi.. sedih ni!) tengoklah apa yg terjadi... huhuhu nangesss


:: puding karamel tak mengeras!! huhuhu... sib baik kek sedap ::

Tak tahu kenapa karamel tak keras.. Miza rasa sebab Miza tak pandai setting oven Miza kot... pastu Miza lupa yang kek ni kena masak guna api bawah je (hahaha padan muka cek).. dan satu lagiiii... Miza terlebih excited nak keluarkan kek... kek tak betul2 sejuk lagi Miza dah keluarkan... ngalahkan budak2.. so makanlah kek puding karamel pelangi 'melimpah'... wakakkaka.. tapi sedap tau..! 

Yang kukus tu... alhamdulillah menjadi.. tahankan diri tunggu sejuk dan simpan dalam peti es dulu... cuma spoil sikit sebab loyang kan kecik... Miza ni gagah pi tuang penuh2.. so masa kek naik, terkena la kain yang balut tudung periuk tu... kek macam naik tak abis gitu.. kat tengah kek cam tak berapa masak... tapi overall, tetap sedap... psttt... en.somi pun makan tau, selalu kek2 yang Miza buat dia tak berapa layan sebab tak minat...

:: cantik kan? nampak tak kat tengah kek tu cam lembik sikit ::

Banyak2 kek yang Miza buat di umah selama ni.. kek ni lah yang paling cepat sekali abis.. seriously, tak sampai 24 jam! tak puas lagi nak ulang makan... terlajak laris gitu...

Daripada takut2 nak buat, hah! sekarang ni dah excited pulak.. terus cari resipi kek ni.. nanti nak cuba lagi.. tak banyak beza pun dengan tepung kek segera yang Miza beli tu.. pengajaran moral yang Miza dapat.. apa2 kita nak buat, JANGAN MENGALAH SEBELUM MENCUBA...! tih hihihi... dah jadi, seronok lebih pulak!

Nanti kalau Miza dah cuba Miza buat entri pasal kek ni lagi ya... :))

Thursday 4 September 2014

Menu Diet - Sandwich Telur Yang Giler Sedap!

Ohhh kegilaan apakah ini... Entry marathon... hahahaha... tengah idea mencurah2 ni.. tak baik dibazirkan, ye tak??

Ok nak share resipi yang Miza baru try siang tadi.. sedap giler la di tekak Miza (kalau tekak korang rasa tak sedap sori la na..) Biasanya sandwich telur Miza cuma telur rebus, mayonis, sos cili, dan kadang2 tukar dengan lada hitam... makan dengan roti plain gitu je...

Hari ni... Miza tambah salad, tomato dan... ikan bilis goreng...! perghhh sedapp... ada krup krap gitu...



Minta maap la ye, sandwich telur Miza ni tak plating lawa2... sebab mula2 pikir nak makan je... dah makan eh sedap pulak, dah sedap baru tingat macam nak share... haha... so gagah la amik hphone snap gambar sandwich yang dh tinggai separuh tu... kui3...

Bahan2

Telur rebus
Lada hitam
Mayonis
Garam
Salad (Miza hiris)
Tomato (potong dadu)
Ikan bilis goreng

Cara2

1. Lenyek telur rebus, masukkan mayonis.. sukatan agak2 lah ye.. jgn banyak sangat.. nanti rasa mayonis je, hilang rasa telur
2. Masukkan lada hitam, perasakan dengan garam
3. Sapu atas roti, tabur salad, tomato dan ikan bilis goreng.
4. Telangkupkan sekeping lagi roti dan ngap...! Krup krap bunyi dia...!

Boleh gak gantikan roti tu dengan wrap tu.. ala2 Twister kat KFC gitu kan...

Sapa yang diet tu bolehla buat sandwich ni... tapi janganla bantai berkeping2 ye.. ke laut diet tu nanti... hehehe...

Selamat mencuba... :))

Jom Hebat Utara 2014

Assalamualaikum wbr! 

Hari ni Miza nak share program anjuran group grandnanny Shaklee Miza --> IReach yang Miza join pada 30 Ogos 2014 yang lalu di SEAMEO RECSAM, Gelugor.  Miza bawa Yaya sorang je sebab kakak2 dia tolong adik ipar Miza yang buat kenduri kesyukuran pada hari yang sama.


Program ni best sebab pengisiannya macam2.. ada sharing tips Time Management, Leadership, Marketing dll serta update info-info terkini daripada Leaders yang baru balik dari lawatan Shaklee ke US. Selain tu ada jugak group aktiviti... yang paling Miza suka sebab semua program Shaklee boleh bawa anak2 bersama... Yaya sepanjang program tu pun bukan main enjoy lagi dapat berkenalan dan main dengan kawan2 baru... tak peninglah mama nak mengasuh dia sambil dengar talk hehe... Yaya siap jadi 'backup dancer' lagi atas pentas! 

Meh layan gambar2 sepanjang program dulu... ada yang Miza ambil guna handphone, ada yang ihsan dari photographer program dan gambar dari handphone kawan2.. :)

 Aksi Yaya kemain lagi... hihi



Yang tengah berucap tu mama Shaklee Miza.. Master Norhanita... 
hehehe.. mamaku dan anakku in action!


Pi balik, pi balik ikut suka dia je Yaya ni.. hihi...


  Aktiviti berkumpulan. 
Kumpulan Miza kena buat pasal produk baru Shaklee iaitu Phytocol-ST.


Masa pembentangan kumpulan


Dengan Mama Shaklee Miza, Master Norhanita


Bersama sebahagian sisters FJM yang hadir


Bergambar beramai2 sebagai kenangan :))


Sejujurnya, Miza rasa beruntung dan bertuah sangat sebab join Shaklee bawah susur galur Jutawan (Miza > FJM > Supermom > IReach > Jutawan).  Group Jutawan penyumbang sales terbesar kepada Shaklee Malaysia tau! Yang paling best, sebab kami dalam Jutawan ni bukan semata2 mengejar keuntungan, sales bertingkek2.. tapi penghayatan rohani diberi penekanan... sehebat mana pun kita, hubungan dengan Maha Pencipta comes first, betul tak...? Hubungan ukhwah sesama kami dalam group Jutawan pun akrab, sama2 membantu.. mesra macam adik beradik gitu...

Semoga kemesraan yang terjalin ni akan berkekalan hingga akhir hayat. Amin...

Keramahan, kebaikan, kemesraan dan ilmu yang dikongsikan untuk manfaat bersama Miza hargai sangat2... semoga dapat bertemu lagi di program akan datang..!

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali!

Lamanya tak update blog.. last post tahun 2019, aduhaiiii… ni dah masuk tahun 2022. Masih ada ka yang dok baca blog lagi?  Kakmaneh cuba ins...