Mama

Mama
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 22 October 2013

Set Mengandung Shaklee ~ 9 bulan nan indah...

Perkenalan saya dengan Shaklee adalah semasa saya disahkan mengandung anak ketiga.. memandangkan umur pun dah 30an.. pastu gap antara anak kedua dgn kehamilan ketiga ni kira-kira 8 tahun.. saya pun mula sibuk cari supplemen untuk ibu mengandung... yerlah, risau lah jugak kan.. dh lama tk mengandung.. pastu pulak dh masuk umo 30 lebih... lagipun.. ibu mana yg tk nak beri yg terbaik utk anaknya kan..? 

Produk Shaklee yang saya ambil masa tu ialah Set Mengandung Shaklee ~ Vitalea, B Complex, Sustained Release Vitamin C dan Ostematrix.  Jom tengok satu2 fungsinya...


Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea adalah multivitamin (jadi x perlu ambil obimin dah). Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.



Vitamin B Complex
B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.



Sustained Release Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen untuk membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



OsteMatrix (calcium magnesium)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.. vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Apabila dah masuk trimester 2 hingga 3.... saya tambah pula pengambilan fish oil (biasanya kita ambil Neurogain kan).. Dalam Shaklee pun ada fish oil, namanya Omega Guard.


Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Di samping tu juga.. saya add on Energizing Soy Protein (ESP) yang diambil sepanjang kehamilan...


Energizing Soy Protein
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga terutama bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

So, itulah dia vitamin2 yang saya amik masa mengandungkan Yaya dulu dan yang disyorkan semasa hamil. Maybe ada yang tanya, asid folik takyah ambil ke sebab takde pulak nampak asid folik dalam set di atas kan? Untuk pengetahuan anda, pengambilan Vitalea with Iron Formula dan B Complex sebenarnya telah membekalkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh preggies iaitu sebanyak 400 mcg (200 mcg + 200 mcg). Extra pula sebab VitaLea ni dah lengkap dengan iron. Dan extra lagi sebab vitamin Shaklee adalah vitamin natural, semulajadi BUKAN SINTETIK.

Saya tak nafikan... ramai preggy mommies yang nak sihat, nk bagi khasiat terbaik utk baby dalam kandungan... tapi was was sebab ada macam-macam produk kehamilan di pasaran yang claim macam-macam sampai tak tau nak pilih kan...  Yang penting sekali... pilihlah produk yang diyakini selamat, halal dan berkesan... 


Take care mommies... jadikan 9 bulan ini momen yang terindah... :))


Nak cuba? Contact saya yea...
saya boleh cadangkan ikut keperluan dan bajet anda...!!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Tuesday 15 October 2013

Kepentingan CoQ10 - Bagaimana CoQ Health Plus Shaklee Membantu..?

Promosi bulan September 2013 yang baru-baru ni ialah COQ Health Plus... ni produk Shaklee yang baru dilancarkan pada bulan Jun 2013 yang lalu... rasanya tak ramai lagi yang memperkatakan tentang COQ Health Plus ni sebab mungkin ramai yang masih ragu-ragu tentang keberkesanannya... yerlah produk barulah katakan... :)

Apakah fungsi CoQ10?

CoQ10 adalah 'Pencetus' yang membolehkan sel-sel tubuh menghasilkan tenaga untuk memelihara kehidupan. Kemampuan tubuh untuk menghasilkan dan mengagihkan bahan mirip vitamin ini menurun kerana faktor umur meningkat, atau akibat timbul penyakit, kekurangan nutrisi dan tekanan (stress). Oleh yang demikian, fungsi-fungsi sel akan gagal akibat nutrisi yang penting ini. Kajian yang dilakukan kini membuktikan bahawa tekanan yang timbul akibat peningkatan umur dan penyakit menghalang tubuh daripada memanfaatkan CoEnzyme Q10 yang di perolehi dari makanan yang kita makan. Oleh yang demikian, pengambilan CoQ10 yang tulen sebagai makanan tambahan (supplement) adalah selamat dan dapat memastikan kesihatan yang sihat, tenaga dan sistem imum yang berfungsi secara semulajadi. Ini juga telah terbukti dengan kajian pengguna- pengguna CoQ10 dapat manfaat yang luar biasa dari segi Peningkatan Tenaga, Pencegahan Penyakit jantung, Memanjangkan Jangka Hayat, Penyakit Gusi/ Periodontal, Peningkatan Sistem Imun Tubuh dan juga Penurunan Berat Badan.



Saya pun gugel2 jugak tentang kepentingan CoQ10... dalam banyak2 carian... saya tertarik nk share daripada blog Dr Zubaidi... dalam entri beliau di http://drzubaidi.com/blog/?p=3426 menyatakan bahawa pesakit jantung boleh memanfaatkan CoQ10... Antara petikan dalam blog beliau ialah, "Dalam satu kajian terbitan Journal American College of Cardiology menyatakan bahawa terdapat bukti kuat bahawa pesakit jantung mengalami tahap kepekatan CoQ10 yang rendah, terutamanya pada pesakit lemah jantung (heart failure)".  Jadi pengambilan CoQ10 sangatlah membantu.  Doktor pakar jantung tidak akan memberikannya kepada pesakit jantung kerana CoQ10 bukanlah ubat tetapi SUPLEMEN.

COQ Health Plus Shaklee mengandungi Coenzyme Q10, Vitamin E dan Green Tea Extract.  Seperti yang kita tahu.. Vitamin E sangat baik untuk kesuburan... kulit yang cantik, anti oksidan dan lain-lain.  Satu lagi info menarik... kenapa kanak-kanak sangat cergas dan tidak mudah letih...?  Kerana tahap CoQ10 mereka di tahap yang baik... semakin meningkat umur seseorang itu, maka CoQ10 dalam tubuhnya akan semakin berkurangan.  In fact, CoQ10 dalam tubuh kita semakin berkurangan sejak umur kita 20an lagi.  Kebanyakan orang yang berumur 50 tahun ke atas berfungsi dengan aras CoQ10 yang amat rendah.

Professor Brian Peskin telah membuat penemuan hebat.. orang yang berumur 30an ke atas perlu mengambil CoQ10 sekiranya..

  • ada masalah kekurangan tenaga (letih, lesu, baru sidai baju jer dh tidur separuh hari)
  • Jantung - org yang ada masalah jantung perlu mengambil Coq10
  • Pesakit Parkinson's, Hungtington's, Alzheimer's, Fredreich's ataxia dan Loh Gehrig's Disease kerana peranan Coq10 melindungi saraf dalam badan mereka.
  • Coq10 juga berperanan untuk melindungi kulit dari kerosakan dan banyak digunakan dalam kosmetik untuk hilang kedutan
  • orang yang mengambil Statins (ubat mengurangkan kolesterol)
  • wanita yang mengambil pil perancang keluarga kerana pil tersebut dipercayai boleh blok penghasilan CoQ10

Kesimpulannya... COQ Health Plus Shaklee...
  • nutrien larut semulajadi yang terdapat dalam setiap sel tubuh kita
  • bertanggungjawab hasilkan tenaga dalam setiap sel
  • anti oksidan semulajadi
  • membantu menguatkan otot jantung
  • membantu mencegah pengoksidaan kolesterol jahat
  • berfungsi memastikan salur darah fleksibel untuk tekanan darah yang sihat
  • membantu baiki peredaran darah, membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda (membantu kulit menjadi lebih cerah dan berseri..)
  • membantu untuk memberi perlindungan dari cahaya matahari secara semulajadi
  • membantu meningkatkan kesuburan
  • meningkatkan tenaga, terutama jika anda selalu keletihan yang melampau
  • membantu meningkatkan keupayaan mental seperti migrain, sakit kepala dan loya

Sempena promosi bulan lepas, saya pun tak nak lah ketinggalan kan.. nk cuba jugak.. memang superb lah.. COQ Health Plus ni boleh dikatakan all in one tau... apa yang saya rasa sejak amik COQ Health ni... mmg tk rasa letih.. rasa bertenaga jer wlupun tk cukup tido mlm2 (org ada anak kecik la katakan).. pastu bgn awal pagi.. mlm pulak kita lah yg plg lmbt tido tp still bertenaga... dan lagi.. saya notice.. skrg ni bgn pagi muka glowingg jer.. hehehe #perasan

Kalau tak percaya, cubalah sendiri... korang mesti jatuh hati punyer...!!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Sunday 13 October 2013

Shaklee Dijamin Selamat!

Persoalan yang sering bermain di fikiran kita apabila hendak membeli satu2 produk atau supplemen semestinya status Halal dan adakah ia mengandungi bahan2 yang merbahaya kan? Ramai yang bertanya saya, 'amik banyak2 ni tk bahaya ke...?' 'tak rosak buah pinggang ke...?' 'ader apa2 efek utk long term tak..?' dan macam2 soalan lagi...

Tapi saya pun tak salahkan orang2 yang bertanya tu... sbb saya pun akan tanyakan soalan yang sama kalau saya di tempat mereka... kan... dan saya pun tak takut nk jwb balik sbb produk Shaklee ni mmg dijamin selamat, berkesan dan ada sijil Halal yang diperbaharui setiap tahun.. 

Ni info ihsan dari laman web rasmi Shaklee Malaysia kalau tak percaya... hehehe

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.


Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar 

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Banyak kan... berjela2... heheheh... so no worries lagi kan... dah percaya yang produk2 Shaklee dijamin selamat, dijamin berkesan dan dijamin mesra alam...???  

Rata-rata yang dah mencuba Shaklee mmg jatuh cinta terus... buktinya sekarang Shaklee dah jadi fenomena... pegilah mana2 branch Shaklee di seluruh Malaysia sekarang ni... hari kerja ke.. hari cuti ke.. sama jer... dh mcm pesta... naper macam tu..? sebab dah makin ramai yang percaya, jatuh hati dan berpuas hati dengan Shaklee...

So apa lagi... Yuk berShaklee...!!! hehhehe...  Saya dh consume dari tahun 2011 hingga sekarang... lepas dah rasa sendiri dan puas hati dengan keberkesanan Shaklee barulah berani nak share dengan orang... 


BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG


Thursday 10 October 2013

Set Kurus Bajet Shaklee

Apa nak buat kalau sedar-sedar baju dlm almari tu semua dah jadi macam pembalut nangka?? Menjerit..? oh no no no....! rileks kakak, kakak rileks... hehehe...  setiap masalah ada penyelesaiannya... kan..? Sekarang ni ada banyak pilihan produk untuk kuruskan badan.. yang penting sebelum pilih tu... tengok dulu... produk tu ada sijil halal tak.. ada kelulusan KKM tak... ada guna bahan2 berbahaya tak.. selamat tak untuk jangka masa panjang... jgnlah nanti macam mana cepatnya berat badan turun, begitu jugak cepatnya berat badan naik selepas stop produk tu...

Dengan set Kurus Shaklee... dijamin berkesan, dijamin selamat dan dijamin mesra alam...  Yang paling penting sekali... berat badan turun dengan cara yang sihat... kalau korang rasa macam tk der bajet... hah.. ni set Kurus Shaklee yang paling bajet sekali!


Dalam set kurus bajet ni, Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak dan kolesterol... macam mana tu? Lecithin ni bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.  (Pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang).  Lecithin juga pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus... jadi sesuailah sangat kan utk elakkan obesiti dan sembelit...

Lepas dah bakar lemak semua tu... haruslah amik Alfalfa... kenapa..? Sebab dalam pengurusan berat badan ni kita mesti ada amik serat.. Alfalfa sumber serat jugak tau... Alfalfa juga berfungsi untuk menyingkirkan lemak dan kolesterol... kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.  Alfalfa saja yang mengandungi saponin, macam span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

Banyak lagi sebenarnya fungsi Lecithin dan Alfalfa ni selain daripada yang saya nyatakan di atas... bukan untuk kurus saja tau.. malah untuk kulit yang cantik, daya ingatan yang kuat, kesihatan dalam usus dan perut, alahan dan macam-macam lagi.


Sebab tu ramai customer saya yang ambil set kurus bajet ni selalu bagi feedback rasa badan lebih ringan, tak lapar dan perut rasa bersih jer...

Berbaloi untuk dapatkan set Kurus Bajet ni... dahlah harga mampu milik, pastu bukan setakat kurus, malah badan juga rasa lebih sihat...

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Tuesday 1 October 2013

Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder

Heheeh... sambungan pasal Shaklee Collagen Powder lagi.. sebenarnya saya sangat teruja dengan promosi bulan ni... tak sabar nk tunggu feedback dari beberapa orang kawan saya yang dah lama dok berkira2 nak grab sorang satu.. tgk2 bulan ni CP ni offer lak... per lagi memasing dh pasang niat.. kui3... ampun kengkawan...!

Entri ni saya nk share pasal ramuan utama Shaklee Collagen Powder ni... so korang leh bandingkan dengan macam2 produk kolagen yang ada di pasaran...


Kolagen dari sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

Ekstrak biji Camellia japonica
Biji Camelia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic.  Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin dari kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.  Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen. 

Yang penting... Shaklee dijamin selamat, berkesan dan mesra alam...!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Tampil Muda dengan Shaklee Collagen Powder

Rini saya nk share tentang produk Shaklee yang hebat diperkatakan bulan ni... kenapa bulan ni pulak... sebelum ni tak der org bercakap ke...? Hehehe.. sebelum ni pun sana sini dah orang bercakap pasal produk yg best ni... tapi bulan ni Shaklee Collagen Powder lebih meletop2 sebab... bulan ni Shaklee Collagen Powder jadi product of the month untuk Oktober 2013...!



So sesiapa yang dah lama dok berkenan kt Collagen Powder ni tapi dok teragak2... dok berkira2 lagi.. hah, ni lah masanya utk beli at least sekotak..! Memang berbaloi2.. ruginya kalau tk beli bulan ni... kali terakhir Collagen Powder ni promo bulan Disember 2012 yang lalu... lama gak kan baru dia mai blk... hehehe... saya pun dah berkira2 nk grab barang sekotak... ngeeee... nk comey jugak...! ekekekek

Kalau masih teragak2... jom baca info tentang Shaklee Collagen Powder  ni...

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.






Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Kenapa kita perlu amik kolagen?

KERANA... semakin kita menua, tubuh kita semakin kurang menghasilkan kolagen, yang mana akan mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur.  Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen dalam tubuh kita.  Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan macam-macam lagi.  Oleh itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan ELASTISITI semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

Manfaat Utama...

TAMPAK LEBIH MUDA
  • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik.  Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan.
RASA LEBIH MUDA
  • Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
  • Baik untuk mata.  Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Memastikan otak sentiasa sihat.  Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen.  Adalah penting untuk menentukan agar otak mendapat manfaat kolagen supaya minda tetap berkeadaan baik semakin kita menua.
Yakin kan..? heheehe... kalau yakin... jom kita grab sekotak... lps dah grab sekotak tu.. saya gerenti korang akan terus jatuh hati dengan Shaklee Collagen Powder ni... tak kenal maka tak cinta kan...

Jgn malu2 nak tanya ok... dengan setiap pembelian dari saya, korang akan dapat consultation exclusive... jadual pemakanan free dan macam2 lagi...

Love n' Care.. XOXO...!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali!

Lamanya tak update blog.. last post tahun 2019, aduhaiiii… ni dah masuk tahun 2022. Masih ada ka yang dok baca blog lagi?  Kakmaneh cuba ins...