Mama

Mama
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday 24 August 2013

Kek Coklat Kukus Yogurt - Wallaweh moistnya...

Heheheh... asyik citer pasal Shaklee jer kan... skali2 kita out of topic... selingan kekdahnya... saya ni tk pandai masak lauk pauk atau jenis2 nasi yg bersolek2 tu.. tp... saya plg suka buat kuih muih, puding, kek simple2... kek bersolek minat tp tk cukup kekuatan nk try buat! heheh...  yang slalu sgt saya buat, kek coklat... mcm2 resipi kek coklat saya dh try.. tp kek coklat ni yg plg saya suka dan plg senang sukatannya... masak pun senang... tk yah pakai mixer bagai... pukul dgn hand whisk jer... astu kukus... moist dan wallawehhh sedapppp...

Kek ni saya buat semalam sempena Jamuan Hari Raya di sekolah anak... ada yg saya buat dlm loyang.. ada yg saya buat dalam papercup...  ni nk share resipi.. tp minta maaf sgt2 sbb saya betul2 tk igt resipi ni amik kt blog saper.. maser jumpa resipi ni dlu, saya salin dlm buku nota... sapa yg empunya resipi ni minta dihalalkan yer.. semoga dirahmati Allah swt ilmu yang dikongsikan...  Jom tgk resipinyer...



KEK COKLAT BERYOGURT
(guna loyang 9 x 9 inci/8 x 8 inci - menghasilkan kek yang besar, tp saya buat dlm papercup dan loyang kecik2 - pengukus kecik heheheh)

Bahan2
2 cawan tepung gandum *
2 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
2 tsp baking powder *
1 tsp soda bicarbonate *
3 biji telur
1 cawan yogurt (natural/plain)
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1 tsp esen vanila
1/2 tsp garam
1 cawan air biasa (boleh juga dicampur 1 tsp nescafe dgn 1 cwn air panas - saya buat mcm ni)

Cara2
1. Ayak bahan * sekaligus.
2. Pukul kejap semua bahan
3. Bakar dgn preheat oven 170c selama 45 - 60 minit bergantung kepada oven masing2.

My way...
1. Panaskan air kukusan.
2. Saya ayak semua bahan bertepung dlm satu mangkuk.
3. Saya campur semua skali bahan2 lain yg cecair tu dlm satu mangkuk lain.  Kacau dgn hand whisk.
4. Pastu masukkan bahan bertepung sedikit demi sedikit dlm mangkuk bahan cecair tu. Kacau sampai sebati, jgn biar tepung berketul2.
5. Tuang adunan dlm loyang atau papercup dan kukus smpi masak.

Senang kan? Gud luck...!!

Wednesday 21 August 2013

Khasiat Bawang Putih dalam Garlic Shaklee!!

Hari ni Miza nk share pasal produk Shaklee yang tidak kurang hebatnya... memang banyak supplemen berasaskan bawang putih di pasaran kan tapi Garlic Shaklee dibuat daripada bawang putih jenis premium, yang mana bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.


Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (bukan semua tablet bawang putih di pasaran mengandungi Allicin aktif ok!)  Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau bawang putih.  

Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan spearmint).  Mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.  Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih tulen yang menyamai dengan 2 ulas bawang putih segar.

MANFAAT GARLIC SHAKLEE:

1.  Mengandungi Spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung

2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Selamat untuk kegunaan jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imuniti tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida. 

3. Menghalang alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.

4. Mempertingkatkan sistem penghadaman - formulanya yang unik mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.  Garlic juga mampu menentang bakteria H, pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

5.  Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 - 4 tablet Garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

6. Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.  Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.  Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

7. Menurunkan kolesterol - Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8. Mencegah kanser - Mencegah dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser iaitu Nitrosamine.

9. Menstabilkan glukos - membantu menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.

Siapa Yang Disarankan Mengambil Garlic?

1. Individu yang mengambil berat tentang kesihatan diri untuk jangka masa panjang.

2. Penghidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis.

3. Individu yang mengalami ketidakhadaman, kembung perut.

4. Individu yang mempunyai alergi, selalu selsema, asthma, hepatitis.

5. Individu penghidap sakit jantung.


Ni antara testimoni oleh consumer Garlic Shaklee..

Terbukti berkesan untuk masalah kegatalan kulit


Membantu masalah darah tinggi daripada melarat


Garlic Complex ni mampu milik sangat.. kenapa Miza cakap macam tu..? sebab dalam sebotol ada 60 biji, sehari makan 2 biji jer, harga retail RM47.50 jer untuk sebulan... 

Kalau berminat, bolehlah contact Miza yea...
FB : Miza Zamani Ahmad
SMS.Whatsapp : 019-4567 268
Emel : mayya7278@gmail.com
Like : Mama Mayya Healthcare

COD Shaklee Sekitar Bayan Lepas, Sungai Ara, Teluk Kumbar, Sungai Batu, Gelugor Pulau Pinang

Perbezaan Antara Ubat dan Supplement

Ramai yg masih keliru dengan perbezaan antara ubat dan supplement...  so lets cekidaut...

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasari seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA...... kannnnn... hihihii

Saturday 17 August 2013

Advance Joint Health Complex - Ubati Sakit Sendi

Advance Joint Health Complex (AJHC) mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yg tlh ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dlm jangka masa seawal 5 hari - hampir 28% lbh pantas dari yg didakwa oleh 1 jenama terkemuka!

AJHC membantu sendi sihat dlm 3 cara :

1. Meningkatkan cushioning - Glukosamin membantu memelihara rawan (cushioning perlindungan di antara sendi yg membolehkan pergerakan lbh bebas)

2. Memelihara tisu penghubung yang sihat - zink, kuprum, manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dll komponen tisu penghubung yg memberi kekuatan dan struktur kpd sendi

3. Meningkatkan keselesaan sendi - Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stres tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.

★★ Rata2 ramai responden yg berpuas hati setelah mengambil AJHC... boleh solat dgn lbh selesa.. x sakit smasa rukuk dan sujud... sengal2 kaki dll beransur hilang... dan mcm2 jenis sakit sendi..

Jom hadiahkan pada ibu ayah agar mereka dpt nikmati usia emas dengan lbh selesa... ♥♥

Nk tya lg..? Hihihi... ke nk oder?
~ Pm Miza Ahmad
Sms/whatsapp 019-4567 268
Http://mama-mayya.blogspot.com
Page : Mama Mayya Healthcare

Wednesday 14 August 2013

Kelebihan Alfalfa Shaklee

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2,500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yg paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.  Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran.
Kaya dgn protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.  10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
★ Mencuci hati, darah dan usus - alfalfa adalah makanan yg sgt beralkali yg blh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
★ Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.
★ Baik utk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
★ Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.  Hanya Alfalfa sahaja mengandungi Saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
★ Melegakan keletihan - dan sebagai rawatan kpd kebanyakan penyakit.
★ Mencegah/merawat arthritis - melegakan sakit arthritis dan kesakitan
LAIN-LAIN MANFAAT
♥ Bagus diambil oleh ibu yg menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
♥ Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
♥ Membantu membuang angin dalam badan.
♥ Melegakan sakit sendi dan belakang.
♥ Fiber yang mengenyangkan.
♥ Memberi sensasi 'rasa sejuk'.
♥ Memberi kelegaan semasa haid.
♥ Mencuci usus bagi membuang toksik.
♥ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang.
♥ Meneutralkan asid dalam badan.
♥ Merawat masalah keputihan pada wanita.
♥ Membesar dan menegangkan payudara.
♥ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
♥ Memulihkan urat selepas bersalin.
♥ Meningkatkan stamina seorang suami.

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali!

Lamanya tak update blog.. last post tahun 2019, aduhaiiii… ni dah masuk tahun 2022. Masih ada ka yang dok baca blog lagi?  Kakmaneh cuba ins...