Mama

Mama
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday 4 September 2015

Kehadiran Yang Dinanti - 'Izzul Qayyim....

Assalamualaikum wbr,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah swt utk bernafas di muka bumiNya ini... syukur di atas segala nikmat dan rezeki yang diberikanNya jua...

Rupanya dah berbulan Miza tak update blog ni ya... banyak perkara yang berlaku dalam beberapa bulan ni... tak dapat Miza nak ceritakan satu persatu... tiada apa yang dapat Miza katakan melainkan syukur, syukur dan syukur kepada Allah atas segalanya... benarlah kata orang, Allah takkan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya itu, kan..?

Walau apa pun, boleh dikatakan semua perkara yang berlaku beberapa bulan Miza menyepi ni adalah yang manis2 dan indah2 belaka... antaranya, kelahiran cahaya mata yang sangat dinanti2... 

Miza telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan ceaserian pada 8 Julai 2015 di Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang.  Bayi comel ni kami namakan 'Izzul Qayyim, dilahirkan dengan berat 3.26kg.

:: comel tak saya? hehehe ::

:: sporting nurse yang bawa baby dari Nursery bagi kami snap gambar ::

:: hari keempat, last day di hospital ::

:: hari kelima @ Home Sweet Home! ::

Kenapa Miza lahirkan Qayyim melalui pembedahan?  Sebenarnya tak ada masalah apa2, cuma disebabkan Yaya dilahirkan melalui pembedahan (sebab breech) 3 tahun lalu, so doktor bagitahu risiko utk 'pecah rahim' dalam 15% camtu.  Kalau tk jadi apa2 oklah, tapi kalau terjadi, nyawa ibu dan anak dalam bahaya.  Makanya en.somi tak benarkan Miza bersalin secara normal.. dia nak Miza bersalin melalui pembedahan.  Lagipun due date sebenar pada 17 Julai 2015, hari raya pertama tu... bila set for ceasarian, plg awal ialah 10 hari sebelum due date.. maka 8 Julai 2015 tarikh yang dicadangkan doktor.  

So hari raya kali ni kami beraya dengan org baru... hehehe mama teruja siap beli romper baju melayu untuk baby..!

Ehhh pjg pulak entri kali ni... balas dendam lama tk da entri la ni... k nti sambung lagi... post entri ni dlu.. hehehe

Tuesday 10 March 2015

Senangnya Buat Kuih Dangai Yang Sedap dan Cepat Dengan Pemanggang Ajaib!!

Assalamualaikum wbr...,

Alkisahnya... dah lama teringin nak makan kuih dangai atau ada jugak di sesetengah tempat sebut sebagai Rangin.  Seingat Miza, dari bulan puasa tahun lepas kami anak beranak cari tapi susahnya nak jumpa.  Kawan Miza kata ader jer kt pasar malam kt sini, tapi ntahlah.. tak der rezeki kot, masa cari tk jumpa pun...

Disebabkan teringin yang amatlah kununnya baru2 ni... Miza pun gigih la menggugel... sekarang kan zaman semua di hujung jari katanya... macam2 version ada... kena buat selapis2 la, ada inti la dll... tapi seperti yg korang tahu... Miza mestilah pilih resipi yang paling senang sebab Miza kan 'ghajin' tahap gaban... kih3...  

kuih dangai senang sedap guna pemanggang ajaib

Dah 2 kali buat tau resipi ni... first time buat tu, guna sandwich maker nk bakar... hasil memang cantik dan garing2 gitu... tapiiiii... nak tunggu satu2 dangai tu... mak oiii bercinta la gak... disebabkan kesabaran yang tak berapa ada, baki adunan tu, Miza humban je semua dalam loyang --> bakar dalam oven! hah amikkk... ni lah hasil percubaan pertama tu...

 Guna sandwich maker... cantik kan kan kan...?

Hambikkkk... semua ku humban dalam loyang hahaha


Kali kedua buat dah pro sikit la kununnya hahaha... guna pemanggang ajaib pulak... wahhhhh lagi senang wehhh... makcik suka! makcik suka!!!  Satu adunan tu ngam2 muat dalam pemanggang ajaib... pastu tak sampai 15 minit dah masak... gila tak excited makyong... boleh buat meniaga lah kalau macam ni punya express... hehehehe

Layan gambar kali kedua mendangai...

Tengok tu.. muat2 satu adunan... senang sekali harung je...

kuih dangai pemanggang ajaib
Bila dah masak.. cantik kan... nom nom nom...

 
Okay dh puas layan gambar... ni resipi yang super duper senang lagi cepat!

KUIH DANGAI A.K.A RANGIN

Bahan-bahan
4 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Jangan biar kelapa berketul2, leraikan ye..!
2. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu marjerin (Miza sapu marjerin kat pemanggang ajaib -- play save kekekeke)
3. Bakar dalam oven dengan suhu 150c selama 30 minit (ikut suhu oven masing2) -- kalau guna pemanggang ajaib, guna api perlahan supaya kelapa tak hangus.. lepas 5 minit camtu, terbalikkan ke side lagi satu... supaya garing merata di kedua2 belah...
4. Keluarkan dari loyang, tunggu sejuk sikit.. potong dan boleh la dihidangkan (dasar pelahap... miza layan panas2 tu, sedap woooo)

Pasni senang la, takyah cari kat pasar malam ke, pasar ramadhan ke dah... buat sendiri lagi best... boleh makan banyak2, dan lebih terjamin kebersihannya... kan kan..

selamat mencuba ibuk2...! XOXO :))

Sunday 8 March 2015

Resipi Kuih Cara Yang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum wbr...

Hari ni kami tak ke mana-mana sebab en.somi kerja... so kalau dah duduk umah tu asyik pikir apa nak makan je lah kan...

kuih cara senang sedap cepat

Idea menu minum petang ni dapat lepas solat Asar.. haha... terus ke dapo selongkar peti es... tgk2 daun pandan yg angkut banyak2 dari umah MiL ritu dah habis... frust gila.. dh la tgh berkobar2... pastu teringat lak, rasanya pandan emulco ada lagi... selongkar lagi... yessss!!! ada lg sikit, cukup la utk satu adunan... terusla makyong zasssss membancuh... saja tak letak pewarna hijau sbb pandan emulco tu pun dh kaler hijau... kurangkan penggunaan pewarna kekdahnya....

Resipi mudahhh sangat (kalau tak mudah, Miza tak buat la sbb Miza ni kan 'rajin' sgt hahahaa)

KUIH CARA MUDAH

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Sekotak santan 200ml
9 helai daun pandan blend dgn 1 1/2 cwn air (dlm kejadian hari ni, miza bancuh lbh kurg 1 sudu teh pandan emulco dgn 1 1/2 cwn air)
sedikit pewarna hijau (hari ni tak guna)
1 sudu teh garam
Gula utk tabur dlm kuih cara

Cara2 
1. Campur semua bahan (kecuali gula) dan sebatikan, sampai tak berketul..  boleh guna blender atau pukul je dgn hand whisk... hari ni miza masuk je semua dlm jug kecil... kacau dgn hand whisk pastu senang, terus je tuang dlm acuan yg dh panas atas api, yg dah disapu minyak...
 
2. Tabur gula, tutup dgn tudung periuk (miza guna tudung periuk yg transparent senang nmpk)
- dah masak (tak sampai 5 minit), keluarkan dari loyang. Buat sampai habis.. senang kan? 

Sejujurnya, kalau org tanya satu adunan ni boleh dapat berapa biji, Miza tak dapat nak jawab... sebab... baru sejuk sikit kna ngap, tak sempat nak kira hahaha... apa nak buat... kuih cara mmg peberet kat umah ni... termasuk dgn tukang masak sama naik dok ngap...

Tadi masa makan, Ain kata, "lepas ni takdak daun pandan pun bolehlah buat..." khennn... tapi satu lagi santan wajib ada la nakkk... tak sggup kot mama nk buat kuih cara guna susu kotak atau susu cair...

ok, nanti Miza nak share resipi kuih dangai pulak... dah 2x buat tapi tak masuk2 entri lagi... hehehe

Stay tune.... XOXO... ;)))

Thursday 29 January 2015

Rasa ESP yang sedap buat anak tak senang duduk!!!

Assalamualaikum wbr...

Sedar tak sedar kita dah 29 hari dalam tahun 2015... cepatnya masa berlalu kan... semoga masih istiqamah dgn azam 2015 ye...!!!

Pagi ni tiba2 Yaya bangun masa kami tengah solat Subuh... ceria je, puas tdo la tu... sib baik x meragam....

Mama ingat taknak minum lagi... tapi ntah macam mana, Yaya boleh tertengok shaker bekas kakak Ain minum sebelum pergi sekolah tadi dekat sinki... merengek2 menangis2 minta mama buatkan milo ESP... oklah oklahhhh mama buat... masa mama tgh buat tu dia diam, suka la tu... tapi bila mama nak snap gambar dia dlu, mula la menangis2 balik nk Milo ESP.... tp mama snap gak gambar dia... candid gitu! tapi mama suka tgk gambar ni... hahaha

dapat je bahagian dia, terus slurppp sambil tgk kartun Doc McStuffin... haihhh lah anak... nk tergelak pun ada... kalau dgn ESP, takleh kompromi...

Apa nak buat? ESP ni sedap sangat sampai tak senang duduk selagi tak dapat.... hehehee

Monday 5 January 2015

Sedapnya Lasagna Roti.... resipi anak makan bertambah2 tanpa sedar!!

Miza dah penah cuba resipi Roti Lapis Daging Berkeju.. pastu cuba jugak resipi Lasagna Roti ni... eh tk sama ke...? ye memang tak sama... Roti Lapis Daging Berkeju guna perencah Black Pepper Maggi... tapi Lasagna Roti guna sos spagetti... pastu... Roti Lapis Daging Berkeju ada cheese di setiap lapisan rotinya... Lasagna Roti ni pulak, cheese kat topping ajer... kalau ikut tekak kami anak beranak, Lasagna Roti ni lebih best... dah 2x buat dan tk jemu nak buat lagi...

First time buat Miza isi dalam caserol, dan bakar dalam oven... kali kedua buat (gambar di bawah) guna pemanggang ajaib... yg pasti dua2 sedap, hehehe kalau ati dah suka kan!

resipi lasagna roti mudah dan sedap

Bahan2 utama yang digunakan macam dalam gambar kat bawah tu... senang dapat bahan2 ni semua kan...

lasagna roti ringkas mudah simple sedap

RESIPI LASAGNA ROTI

Bahan-bahan

12 keping roti Gardenia
200ml susu segar/full cream (1 kotak kecik pun cukup)
3 biji telur

400gm daging kisar
sebiji bawang besar/bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 tin kecil Sos Spageti Cendawan Prego (kaler hijau)
6 biji cendawan butang (ikut selera suka byk mana)
1 sudu kecil lada hitam (optional/ikut tahap kepedasan)
1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
Garam secukup rasa
Keju mozarella utk topping (Miza guna Slice Cheese Cheddar je)

Cara-cara

1. Tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang dipotong halus/ditumbuk.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak/berubah warna.
3. Masukkan sos spagetti. Setelah mendidih, masukkan cendawan butang yang dihiris.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan oregano/mix herbs. Perasakan dengan garam.
5. Masak hingga agak kering. Tutup api, ketepikan.
6. Pukul telur dan susu segar/full cream.
7. Celup roti dan susunkan ke dalam loyang kegemaran. (kalau guna pemanggang ajaib, sapu minyak sikit pada kedua2 belah pan. Kalau guna loyang stainless steel tu, gris sikit dgn butter/majerin/minyak supaya senang nak keluarkan nanti. Kalau guna caserol, tak yah gris dah)
8. Tabur isi daging yang dimasak tadi hingga menutupi roti.
9. Ulang lagi langkah 7 dan 8 hingga roti dan daging habis.
10. Taburkan cheese di atas roti lapisan terakhir. Baki susu yang ada boleh tuang atas cheese/roti.
11. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit, suhu 220c (ikut pada oven masing2).

Selamat mencuba... anak2 mesti suka punyalah...! :))

Penangan Promosi GLA Complex - Yaya terpaksa terima adik baru!!!

Assalamualaikum wbr...!

Rasanya blom terlambat kot no utk Miza ucapkan Selamat Tahun Baru 2015...! Semoga tahun ini lebih baik - cemerlang dari tahun lepas... dari segi rohani, jasmani, kesihatan, kewangan dll...

Rupanya dah hampir 3 bulan Miza tak update blog yea... hehehe... apakan daya, kalau dah kena 'penyakit buatan orang' ni, tk leh nak kata apa lah... asyik pening dan loya je, tp syukur tak muntah2 macam pregnancy lepas2...

Alhamdulillah... tak lama lagi, bertambah lagi sorang ahli keluarga Miza... Ritu rasa macam terlalu awal nak share, check sendiri je pun masa tu... tp lepas dah jumpa doc, dan dh masuk 3 bulan ni baru rasa cam ok sikit nk ngadap pc lama2... barulah leh cerita... :)))

In sha Allah, due date ahli keluarga baru ni ialah pada 18 Julai 2015... masa Raya Posa kottt...!! ngeeee.... semoga dapatlah mama posa penuh ye tahun ni baby... hihi... 



Nak kata penangan promosi GLA Complex Ogos 2014 ritu... boleh jadi kot? Sebab Miza memang dah lama stop amik pil perancang... tapi period suka dragging sampai 15 hari... pastu 'waktu dtgnya' pulak, mula2 tengah bulan.. pastu... ujung bulan pulak... pendek kata, tak regular lah kan period tu...

Sempena promosi GLA Complex ritu, Miza pun try gak... niatnya nk regularkan period dan atasi masalah hormon tk stabil... sebab tiba2 je jerawat tumbuh kat muka ni macam cendawan tumbuh lepas ujan... byk gila sehh..!! Sampai ibu mertua ku pun tya... sobsss....

Kesuburan pun tak macam muda2 dulu.. bak kata org tua2.. pantang melawak je jadi... hahaha paham tak? bila dah beralih umur ni, tak makan pil perancang pun tk lekat2... sekali dah amik GLA Complex... hah amik...

Tau tak camna GLA Complex ni membantu utk pasangan yang nak menimang cahayamata?

GLA Complex ni antara fungsi utamanya menstabilkan hormon dan mengawal atur kitaran haid. Bila period dah regular, baru lah senang nak tahu bila waktu subur kan? So peratusan utk persenyawaan pun lebih lah tinggi....

Satu lagi, GLA jugak berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi, dan memudahkan pergerakan sperma ke uterus, seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan.

Cecair mukus yang subur juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 HARI, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku,  walaupun suami isteri tidak bersama dalam jangka waktu tersebut.

Jadi... bolehlah berikhtiar juga dengan GLA Complex ni... tak salah mencuba kan... selain utk kesuburan, GLA Complex ni juga bagus utk masalah senggugut, diabetes, kulit, kuku dan rambut yang cantik....

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?
BOLEH DAPAT PENJIMATAN SEHINGGA 25%...!!

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali!

Lamanya tak update blog.. last post tahun 2019, aduhaiiii… ni dah masuk tahun 2022. Masih ada ka yang dok baca blog lagi?  Kakmaneh cuba ins...