Mama

Mama
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 13 October 2014

Pengalaman Sendiri Pilih Set Mengandung & Berpantang Shaklee

Rini asek belanja testimoni aje ya... hehehe... entri ni Miza nak kongsi pengalaman Miza sendiri ambil Set Hamil masa mengandungkan Yaya dan sambung amik Set Berpantang...

Masa Pregnant
-------------------------
👍Kekal bertenaga walaupun balik kerja lewat malam, masih boleh sambung buat kerja rumah.
👍Kulit cerah dan lembut
👍Sembelit no more
👍HB cantik (tak pernah kurang dari 10)
👍Gula dalam darah pun ok, (even abah Miza ada diabetes)
👍Tak ada masalah sakit blkg, sakit kaki, bengkak kaki atau tarik mengkarung sepjg pregnant (smpi nak bersalin pun boleh naik motor lagi ke tmpt kerja. Pastu ofis kt tingkat satu lak tu, turun naik tgga takder masalah...)
👍Berat badan tak naik melampau
👍Muka tak sembap

Masa dlm pantang/lepas bersalin
-------------------------------------------------------
👍Stretchmarks dan parut ceaser pudar
👍Susu badan banyak
👍Tak bengkak susu dan sembelit macam masa bersalin anak no.1 & 2
👍Kekal cergas, muka tak pucat sebab boleh terus sambung ambil vitamin walaupun Yaya kena jaundice (Miza darah O+).
👍Dapat turunkan berat badan
👍Luka pembedahan cepat sembuh
👍Badan Yaya tegap, cepat boleh meniarap, merangkak, berjalan, tumbuh gigi dan jarang sakit
👍Kulit Yaya putih kemerah2an, cantik dan lembap

Sebab tu Miza suka syorkan Set ni pada ibu hamil... tak rugi pun sebab boleh sambung sampai dalam pantang dan lps pantang...

Nak info lanjut,
Whatsapp Miza ya,
019-4567 268

Testimoni Set Kurus Shaklee - Jadi Kurus dan Nampak Muda!

Assalamualaikum wbr...,

Rasa2 bulan ni mesti ramai yang naik berat badan kan? Sebab banyak makan daging, hehehehe... sepanjang bulan menu daging je... nasi daging, mee rebus daging, rendang daging, sup tulang dan macam2 lagi... yang mana menu2 ni semua mostly tinggi kolesterol, pastu boleh menyumbang pada sembelit jugak kalau kurang minum air...

Apa yang Miza nak share hari ni, ialah testimoni Set Kurus Shaklee... dalam masa yang sama, boleh juga menurunkan kadar kolesterol dalam badan, kalau ibu yang menyusu pulak, boleh jadi milkbooster jugak... plus lagi, kulit pun lebih cerah dan cantik tau!


Tengok cik adik kita ni... bukan saja dapat turunkan berat badan, malah nampak lebih muda kan? Dia ambil ESP, HerbLax, Lecithin dan Alfalfa... yang penting bila kita ambil suplemen, pengambilan air kosong sekurang2nya 3 liter sehari tu jangan culas ya... Pastu kalau dah katanya nak kurus, cuba elakkan makanan berproses, yang tinggi kandungan gula dan tinggi kalori... lagi... buat2 lah jugak senaman ringan macam lari setempat ke, jogging petang2 ke atau naik turun tangga, pun boleh... barulah hasil lebih mantop dan cepat...

Tak nak ke jadi kurus dan nampak muda macam cik adik ni? Nampak macam banyak eh dan susah nak amik semua ni?? Senang je... nak bawak gi mana2 pun senang, so tak der alasan nak culas2 makan vitamin... Miza akan bagitahu caranya!

Nak cuba atau ingin info lanjut? Jangan malu2 untuk bertanya... Miza juga boleh cadangkan yang paling bajet, ikut kemampuan anda... :))

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?
BOLEH DAPAT PENJIMATAN SEHINGGA 25%...!!

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Friday 10 October 2014

Simpul Biawak a.k.a Tarik Mengkarung? Tiada lagi dgn Ostematrix...!

Penah tak masa tgh nyenyak tidur malam2 (nak2 time ujan sejuk tu... best gilaaa)... tetiba... erkkkk...!!!! Cramp kat betis!!! Untuk beberapa ketika, otot betis rasa macam ditarik dengan tegang kan? Sampai rasa sakit yang amat sangat. Tapi bila kena urut2 tu, barulah lega.... (buat muka lega sikit! hehe)

 
Kalau di kalangan masyarakat Melayu gejala yang kita selalu alami ni juga dikenali sebagai 'simpul mengkarung'.  Kalau orang Utara sebut, 'tarik mengkarung'...
 
'Serangan' ni bukan saja semasa tidur, malah juga berlaku ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan. Ia akibat otot terasa cekang, keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.

Namun, jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal dan boleh membahayakan terutamanya jika serangan berlaku ketika seseorang itu sedang menyelam atau berenang. 
 
Biasanya kita tak berapa kisah sebab kita rasa ni sakit biasa je, dan tak bahaya.  Yang selalu kena kejang otot ni ahli sukan yang 'mengerah' anggota tubuh, khususnya bahagian kaki untuk 'bekerja' keterlaluan.
 
Juga selalu berlaku kepada wanita-wanita yang hamil, apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Jadi, wanita hamil yang selalu mengalami kekejangan ni dinasihatkan supaya tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Boleh juga menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya. 


Dr. Zubaidi Ahmad dari Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, berkata, kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.

Tegasnya, kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki.

"Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

"Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan,'' ujar Dr. Zubaidi.

Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Begitupun, teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

"Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah kejang adalah otot di bahagian betis, Bagaimanapun ia turut berlaku di bahagian lain.

"Tidak dinafikan, keadaan ini amat sakit dan menyebabkan gangguan kepada pesakit yang kebiasaannya berlaku dengan sekelip mata,'' ujarnya.

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .

"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.

Katanya lagi, tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.

Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
 
Kredit :  Utusan.com
 
Miza dulu memang selalu kena tarik mengkarung ni... masa pregnant dan time tak pregnant pun kena... memang sakit!  Tapi sejak Miza amik Ostematrix masa mengandungkan Yaya pada 2011, sampai sekarang.. jarang sangat2 dah kena tarik mengkarung. Seingat Miza dalam tempoh 3 tahun sejak konsisten amik Ostematrix ni baru kena 2-3 kali kot.. ke kurang... Malah sepanjang tempoh kehamilan, Miza tak mengalami masalah sakit belakang atau sakit kaki yang biasanya ibu hamil alami. Sebab tu sampai sekarang Miza teruskan pengambilan Ostematrix... sumber kalsium terbaik! Lagipun, kena la jaga dari sekarang kalau tak nak kena penyakit tulang reput a.k.a Osteoporosis tu...
 
OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
 
Sebotol RM61.00 je untuk sebulan
 
BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?
BOLEH DAPAT PENJIMATAN SEHINGGA 25%...!!

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Tuesday 7 October 2014

Mudahnya dgn ESP dan Mealshakes Shaklee...

Nak kurus?
Nak cantik?
Nak sihat?
Nak kulit glowing?
Nak subur?
Nak diet?
Nak susu bdn byk?
Nak hilangkan gastrik?
Bz tak sempat makan?
Kalau bagi Miza, semudah shake2 to the bon2 ...!
Dihasilkan drp soya Non-GMO, lengkap dgn vitamin dan mineral yg diperlukan badan, rendah Indeks Glisemik (sesuai utk penghidap diabetes), rasa yang sedap dan mudah disediakan.

Whatsapp sekarang!
Miza 019-4567 268

Monday 6 October 2014

Resipi Kek Pisang Kukus Yang Sedap

Assalamualaikum wbr..,

Berapa hari ni Miza asyik upload resipi je kan... saja amik feel anak balik cuti sekolah... kawan2 pun boleh try sebab semua resipi yang Miza share ni Miza dah try dan yang pastinya bahan, sukatan dan cara buat mudah sebab Miza ni 'rajin' orangnya... hihihi...




Resipi hari ni ialah Kek Pisang Kukus... pestaim Miza buat, suspen gak sementara tunggu hasilnya... Bila dh rasa... wowww... siyes sedap!!! anak2 mesti suka... daripada beli kat kedai (kadang2 rasa soda dia kuat kan!), baik buat sendiri... senang je pun... Jom tengok resipi... (btw, sori sgt2 Miza tk igt amik resipi ni dari blog saper, sbb salin dah lama baru try buat, minta halal ye tuan punya resipi.. terima kasih utk resipi kek pisang yang sedap dan mudah! Semoga Allah bagi ganjaran atas perkongsian beliau)
 
Kek Pisang Kukus 

Bhn2...
2 cwn tpg gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 bj telur gred A (Miza guna 5 bj telur gred B)
3/4 cwn gula
1 sudu kecil ovalette (optional tp klu letak lg cntekkk)
1 cwn pisang dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 sudu kecil esen pisang (Miza guna esen vanila)
 
Cara2
1. Ayak tepung + soda bicarbonat + baking powder. Ketepikan.
2. Dlm bekas lain, putar telur + gula dgn mixer sampai kembang. Masukkan ovalette & putar lagi sampai betul2 kembang.
3. Masukkan pisang, minyak & putar lagi smpi sebati.
4. Masuk tepung sikit demi sikit & putar lagi. Akhir sekali masukkan esen.
5. Alas loyang 8 inci dengan kertas minyak + sapu sedikit mentega (Miza sapu minyak masak je). Kukus atas api sederhana besar selama 40 minit/smpi masak.

** boleh gak guna acuan kecik2 tu.. Sapu minyak sket.. Jgn tuang penuh sbb nti kek ni naik boleh tahan tinggi...

Selamat mencuba ye, mesti akan ada siaran ulangan nanti sebab semua suka... :))

Friday 3 October 2014

'melawat kawasan' di Shaklee Seberang Jaya

Assalamualaikum wbr dan salam Jumaat...!

Macam orang besar pulak kemain melawat kawasan ya... haha.. btw, ni cerita pada 20/9/14 (Sabtu) yang lalu... (banyak entri backdated daaa.... sobsss)

Setelah lebih setahun buat bisnes Shaklee ni, percaya tak? ni lah first time Miza menjejakkan kaki ke branch Shaklee... selama ni, order online je... pun begitu, Miza tak jadikan tu alasan tak boleh teruskan biz Shaklee ni... cuma betulla dorang cakap, feel beli barang di kaunter ni lain sikit... :))

 :: harus snap gambar jugak even en.somi tunggu dlm keta hahaha ::

Aktiviti 'melawat kawasan' ni pun unplan... Sehari sebelum tu Miza dapat call dari Shaklee Seberang Jaya, dia bagitau trofi yang Miza tak dapat sebab tak pergi NC 2014 ritu dah ada kat sana... minta datang collect... kebetulan kami nak attend Majlis perkahwinan anak saudara di Tapak Ekspo Seberang Jaya tu.. so Miza cuba nasib ajak en.somi singgah Shaklee...

Alhamdulillah, masa kami sampai tu, ada 2 orang customer jer di kaunter. Maybe sebab tengah bulan, pastu sekarang semua pun dah boleh beli barang online kan, sebab tu orang tak ramai... Miza amik kesempatan beli Chew Vit C sebotol yang adik ipar pesan kat kaunter... nak amik feel katanya kan... hehehe... 



Ni lah trofi nya... cantik kan..? Berat tau... happy sangat dapat trofi ni... terasa sangat usaha selama ni dihargai... walaupun tak dapat naik pentas untuk terima trofi ni, Miza bersyukur sebab Shaklee tetap juga bagi... boleh letak kat rak di rumah nanti... :))) 

Cumanya.. pin Supervisor tak dapat collect sebab appointment letter tak bawa... surat tu lagilah.. dari Oktober 2013... hehe tk pe, ada alasan nak pegi Shaklee nanti kan...!

Thursday 18 September 2014

Buat gak akhirnya... Kek Puding Karamel Pelangi

Sebenarnya Miza dah laaaaama sangat tingin nak makan kek yang semakin jadi fenomena ni.. Cuma, yang selalu membantutkan hasrat Miza nak try kek ni, sebab kena buat meringue! Seriously.. kalau Miza tengok resipi yang kena buat meringue.. terus stop, tak scroll dah resipi tu.. tak tahu la kenapa, tapi Miza rasa macam susahnya nak buat meringue tu... dgr macam2 pantang lak tu.. tak boleh termasuk telur kuning walau sikit pun, tk boleh peralatan ada air sikit pun.. adoyaiii.. banyaknya don'ts dia...

So bila Miza jumpa kt FB ada yang jual Tepung Segera Kek Puding Karamel Pelangi ni, Miza pun terus la beli.. ingatkan sebab dah segera kan, tak yah la buat meringue.. rupanya kena buat jugak! huh.. peram lagi la dalam kabinet...

Tapiiii.. lately ni kat page Resipi Ringkas tu, makin ramai lak yang cuba dan menjadi... pastu siap dok cerita kata kek tu sedap la dan macam2 lagi yg bikin panasss jer kan.. makin membuak2 la dalam hati ni nak buat dan nak rasa akan kesedapan kek yang diwar2kan tu...

Maka, masa cuti umum Hari Malaysia ritu, Miza pun mengumpulkan kekuatan (ayat tk leh blah) utk buat jugak kek idaman Malaya ni... guna tepung segera yang beli dah berkurun tu.. sib baik tk expired lagi... Pecah peluh la jugak nak mengasingkan telur kuning dan putih tu (lebih pada nervous takut tak jadi sebenarnya haha).. 

Ni tepung segera yang Miza gunakan... masa baca step2 yang diberi dalam pek tu.. dah rasa macam, 'eee renyah nyaaa..' tapi buat jugak pelan2.. sib baik Yaya tido masa tu...

 :: siap bawak pek duduk kat sofa, baca step by step dia haha gila nebes mak ::


Masa baca cara buat tu, baru pasan... oven Miza cuma muat loyang 8 inci je... kek tu kena masak dalam loyang 8 inci, bersama loyang yg lbh besar berisi air.. so kena lah fikir cara lain... masa tu dah rasa mcm nk stop buat pun ada... rasa tak berani nk memandai2 takut lain pulak jadinya...

Tinggg..! Idea mai dah...! Apa yang Miza buat... Miza pecahkan kepada 2 loyang kecil.. satu loyang Miza guna kaedah waterbath.. satu loyang lagi Miza kukus guna periuk nasi elektrik... 

Oven Miza tu kan dah season.. kek terhangit/hitam kat atas tu mmg trademark dia la... itulah yg terjadi pada kek ni.. tapi kurang hitam dari selalu, maybe sebab waterbath kan.. tapiiiiiiiiiiii (panjangnya tapi.. sedih ni!) tengoklah apa yg terjadi... huhuhu nangesss


:: puding karamel tak mengeras!! huhuhu... sib baik kek sedap ::

Tak tahu kenapa karamel tak keras.. Miza rasa sebab Miza tak pandai setting oven Miza kot... pastu Miza lupa yang kek ni kena masak guna api bawah je (hahaha padan muka cek).. dan satu lagiiii... Miza terlebih excited nak keluarkan kek... kek tak betul2 sejuk lagi Miza dah keluarkan... ngalahkan budak2.. so makanlah kek puding karamel pelangi 'melimpah'... wakakkaka.. tapi sedap tau..! 

Yang kukus tu... alhamdulillah menjadi.. tahankan diri tunggu sejuk dan simpan dalam peti es dulu... cuma spoil sikit sebab loyang kan kecik... Miza ni gagah pi tuang penuh2.. so masa kek naik, terkena la kain yang balut tudung periuk tu... kek macam naik tak abis gitu.. kat tengah kek cam tak berapa masak... tapi overall, tetap sedap... psttt... en.somi pun makan tau, selalu kek2 yang Miza buat dia tak berapa layan sebab tak minat...

:: cantik kan? nampak tak kat tengah kek tu cam lembik sikit ::

Banyak2 kek yang Miza buat di umah selama ni.. kek ni lah yang paling cepat sekali abis.. seriously, tak sampai 24 jam! tak puas lagi nak ulang makan... terlajak laris gitu...

Daripada takut2 nak buat, hah! sekarang ni dah excited pulak.. terus cari resipi kek ni.. nanti nak cuba lagi.. tak banyak beza pun dengan tepung kek segera yang Miza beli tu.. pengajaran moral yang Miza dapat.. apa2 kita nak buat, JANGAN MENGALAH SEBELUM MENCUBA...! tih hihihi... dah jadi, seronok lebih pulak!

Nanti kalau Miza dah cuba Miza buat entri pasal kek ni lagi ya... :))

Thursday 4 September 2014

Menu Diet - Sandwich Telur Yang Giler Sedap!

Ohhh kegilaan apakah ini... Entry marathon... hahahaha... tengah idea mencurah2 ni.. tak baik dibazirkan, ye tak??

Ok nak share resipi yang Miza baru try siang tadi.. sedap giler la di tekak Miza (kalau tekak korang rasa tak sedap sori la na..) Biasanya sandwich telur Miza cuma telur rebus, mayonis, sos cili, dan kadang2 tukar dengan lada hitam... makan dengan roti plain gitu je...

Hari ni... Miza tambah salad, tomato dan... ikan bilis goreng...! perghhh sedapp... ada krup krap gitu...



Minta maap la ye, sandwich telur Miza ni tak plating lawa2... sebab mula2 pikir nak makan je... dah makan eh sedap pulak, dah sedap baru tingat macam nak share... haha... so gagah la amik hphone snap gambar sandwich yang dh tinggai separuh tu... kui3...

Bahan2

Telur rebus
Lada hitam
Mayonis
Garam
Salad (Miza hiris)
Tomato (potong dadu)
Ikan bilis goreng

Cara2

1. Lenyek telur rebus, masukkan mayonis.. sukatan agak2 lah ye.. jgn banyak sangat.. nanti rasa mayonis je, hilang rasa telur
2. Masukkan lada hitam, perasakan dengan garam
3. Sapu atas roti, tabur salad, tomato dan ikan bilis goreng.
4. Telangkupkan sekeping lagi roti dan ngap...! Krup krap bunyi dia...!

Boleh gak gantikan roti tu dengan wrap tu.. ala2 Twister kat KFC gitu kan...

Sapa yang diet tu bolehla buat sandwich ni... tapi janganla bantai berkeping2 ye.. ke laut diet tu nanti... hehehe...

Selamat mencuba... :))

Jom Hebat Utara 2014

Assalamualaikum wbr! 

Hari ni Miza nak share program anjuran group grandnanny Shaklee Miza --> IReach yang Miza join pada 30 Ogos 2014 yang lalu di SEAMEO RECSAM, Gelugor.  Miza bawa Yaya sorang je sebab kakak2 dia tolong adik ipar Miza yang buat kenduri kesyukuran pada hari yang sama.


Program ni best sebab pengisiannya macam2.. ada sharing tips Time Management, Leadership, Marketing dll serta update info-info terkini daripada Leaders yang baru balik dari lawatan Shaklee ke US. Selain tu ada jugak group aktiviti... yang paling Miza suka sebab semua program Shaklee boleh bawa anak2 bersama... Yaya sepanjang program tu pun bukan main enjoy lagi dapat berkenalan dan main dengan kawan2 baru... tak peninglah mama nak mengasuh dia sambil dengar talk hehe... Yaya siap jadi 'backup dancer' lagi atas pentas! 

Meh layan gambar2 sepanjang program dulu... ada yang Miza ambil guna handphone, ada yang ihsan dari photographer program dan gambar dari handphone kawan2.. :)

 Aksi Yaya kemain lagi... hihi



Yang tengah berucap tu mama Shaklee Miza.. Master Norhanita... 
hehehe.. mamaku dan anakku in action!


Pi balik, pi balik ikut suka dia je Yaya ni.. hihi...


  Aktiviti berkumpulan. 
Kumpulan Miza kena buat pasal produk baru Shaklee iaitu Phytocol-ST.


Masa pembentangan kumpulan


Dengan Mama Shaklee Miza, Master Norhanita


Bersama sebahagian sisters FJM yang hadir


Bergambar beramai2 sebagai kenangan :))


Sejujurnya, Miza rasa beruntung dan bertuah sangat sebab join Shaklee bawah susur galur Jutawan (Miza > FJM > Supermom > IReach > Jutawan).  Group Jutawan penyumbang sales terbesar kepada Shaklee Malaysia tau! Yang paling best, sebab kami dalam Jutawan ni bukan semata2 mengejar keuntungan, sales bertingkek2.. tapi penghayatan rohani diberi penekanan... sehebat mana pun kita, hubungan dengan Maha Pencipta comes first, betul tak...? Hubungan ukhwah sesama kami dalam group Jutawan pun akrab, sama2 membantu.. mesra macam adik beradik gitu...

Semoga kemesraan yang terjalin ni akan berkekalan hingga akhir hayat. Amin...

Keramahan, kebaikan, kemesraan dan ilmu yang dikongsikan untuk manfaat bersama Miza hargai sangat2... semoga dapat bertemu lagi di program akan datang..!

Monday 25 August 2014

Tips Mudah Untuk Kurus, Sihat dan Cantik - Minum Air Lemon je..!

Assalamualaikum wbr...!

Selamat pagi Isnin semua...! Pagi ni kat Bayan Lepas redup dan sejuk je... tapi no Mondayblues or Mondaygitis ok...! Mulakan hari kita dengan senyuman yang paling ceria sekali... dan sebarkan aura positif pada semua orang di sekeliling kita... mudah-mudahan apa yang kita rancangkan pada hari ini akan berjalan dengan baik...!

Hari ni Miza nak share MANFAAT MINUM AIR LEMON PADA WAKTU PAGI... bagi Miza, inilah tips untuk mendapatkan badan yang sihat, turunkan berat badan dan dapatkan kulit yang cantik dengan cara paling mudah sekali nak buat... Tapi kalau rasa tak sempat, tak mampu nak minum pagi2... boleh jugak letak hirisan lemon dalam sebotol air kosong 3 liter tu... pastu minum sepanjang hari... tak la rasa boring nak minum air kosong je kan..! Badan pun lebih sihat... hah, jom tengok apa manfaatnya minum air lemon pagi2 ni...



1. Membantu penghadaman
Air suam bukan sahaja membantu merangsang saluran penghadaman, tetapi lemon dipercayai mengaktifkan dan membersihkan hati. Ia juga menyingkirkan asid penghadaman dalam proses menghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan.

2. Menyokong sistem imun
Buah-buahan sitrus seperti lemon kaya Vitamin C dan asid Askorbik. Vitamin C membantu menentang selsema. Manakala Asid Askorbik membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.

3. Mengalkalikan tubuh
Jika tubuh anda berdepan keseimbangan pH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang. Walaupun lemon bersifat asid, ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang tinggi selain cara terbaik untuk memastikan keseimbangan pH tubuh berada pada paras sepatutnya terutamanya jika diet anda kaya daging, keju dan/atau alkohol.

4. Membantu detoksifikasi
Air lemon adalah diuretik semulajadi, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati.

5. Pemberi tenaga
Ramai yang mengakui dengan mudah berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon. Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah, memberikan anda rasa hebat!

6. Mencantikkan kulit
Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Jadi mulakan hari anda dengan air lemon. Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksida bagi mencegah penuaan.
 
Hah, banyakkan manfaatnya? Rugilah kalau tak try... bukannya susah mana pun... jom try dan sama2 rasai kesannya... :)

Monday 18 August 2014

Makanan Untuk Awet Muda - Mudah dan murah!

Rini Miza nak share pasal makanan yang boleh membantu kita untuk kekal awet muda gitu... semua senang dapat dan murah je... ada tu yang memang kita makan hari2 je kot..! Jom tengok apa dia...



1. Kacang Soya
Boleh ambil bahan ni secara terus atau setelah diproses seperti tempe, air soya, tauhu dan sebagainya. Kandungan isoflavon mempunyai antioksidan untuk menghalang radikal bebas. Manakala kandungan protein dan lemak tidak tepu berkhasiat untuk sel-sel badan.




2. Brokoli

Mengandungi sulforaphane yang boleh mencegah kanser dan menguatkan sistem ketahanan badan. Kandungan seratnya pula berkesan untuk mengelakkan masalah penghadaman.



3. Bawang Putih

Kandungan allium di dalam bawang putih mampu memperkuatkan sistem ketahanan badan dan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Manakala zat ajoene pula membantu menurunkan kadar kolesterol.




4. Blueberry
Mengandungi fitokimia (flavonoid) antioksidan yang sangat berkhasiat membantu melindungi badan dari kerosakan akibat radikal bebas. Kandungan anthocyanoside juga dapat memperkuatkan penglihatan.

5. Tomato
Mengandungi likopen yang sangat efektif mencegah kanser. Juga dapat menurunkan kolesterol jahat dan mencegah penyakit jantung dan kardiovaskular.



6. Cili
Mengandungi Vitamin C dan karoten terutamanya dalam cili merah yang membantu mencegah kanser.


7. Halia
Rempah ini mengandungi gingerol, lebih kurang aspirin yang berfungsi untuk mencegah strok. Penelitian yang dilakukan di Universiti of Michigan Comprehensive Cancer Center dan Universiti Minnesota, Amerika Syarikat mendapati halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser kolorektal.



8. Buah Anggur
Beberapa penelitian membuktikan biji anggur mengandungi pycnogenol sebagai penguat kolagen untuk pembuluh darah. Manakala kulitnya kaya dengan flavonoid yang mengandungi antioksidan lebih tinggi daripada Vitamin C dan kalium yang mengawal tekanan darah.



9. Bunga Kobis
Sulphoraphane adalah kandungan utama dalam bunga kobis. Zat ini diyakini dapat mencegah kanser terutamanya kanser payudara dengan cara membantu mengatasi kadar estrogen yang berlebihan.


10. Oat
Mengandungi serat yang mudah larut dan berkhasiat untuk membantu menurunkan kadar kolesterol dan menstabilkan kadar gula darah.


TAPI...! Untuk melambatkan penuaan, janganlah bergantung pada faktor nutrisi yang  kita ambil semata-mata. Sebaiknya, imbangkanlah jugak dengan aktiviti fizikal dan senaman. Boleh tingkatkan atau mempertahankan pengeluaran hormon pertumbuhan (Human Growth Hormone - HGH). Selain itu, kita juga boleh mengasah otak kerana berfikiran positif akan dapat memperlambatkan proses penuaan.

Ingat.. jangan tua sebelum waktunya tau... :)

Kalau tak suka makan semua makanan kat atas tu sebab tak suka makan sayur ke, malas, rasa renyah nak siapkan ke... hah... makanlah suplemen... Shaklee ada semua...! hehehe...

Saturday 9 August 2014

Testimoni Vitamin E Shaklee terbaik untuk suami!!

Assalamualaikum wbr...

Hari ni Miza nak share testimoni yang panas-panas lagi ni... baru je dapat semalam... Miza excited nak share, tapi kena la tapis2 dulu kan testimoni ni sebab untuk tatapan umum.. takkan nak bukak semua lak hik2...

Alkisahnya customer Miza ni... sempena promosi Vitamin E ritu kan... dia beli la untuk suami dia... sebelum ni suami dia ada consume beberapa suplemen Shaklee yang lain gak... antaranya CoQ Health, (suami dia paling suka CoQ Health, power katanya...)  Tapi saja dia nak try Vitamin E pulak sebab Miza bagitau dia yang Vitamin E ni juga dikenali sebagai Vitamin Cinta... nak lagi power katanya hehehehe...


Dia kata lagi, sib baiklah dia simpan sampai lepas raya baru bagi suami dia start makan Vitamin E tu... ekekkeke... sebab lepas amik Vitamin E ni hubungan seksual dorang semakin intim... memang puas hati katanya...oppppsss eh eh takat tu je ye... 18SX lah kalau nak cerita detail kat sini... sape nak tau lagi lanjut kena la Whatsapp Miza ye... boleh cerita2...

Suka jugak Miza nak bagitahu ni... Vitamin E ni memang ada dalam Set Kesuburan, Set Suami Isteri dan Set Kesihatan Lelaki tau... ni antara sebabnya...

 

Sebotol Vitamin E ni ada 120 biji... satu hari amik sebijik je.. so kalau suami sorang je yang makan, tahanlah 4 bulan sebotol ni... kalau suami isteri yang makan, tahan 2 bulan... ok la kan, tak yah top up tiap2 bulan pun... yang paling penting, hubungan suami isteri pun lebih intim gittuuuu... dahla makin intim, kulit pun makin cantik, awet muda pastu jantung dan blood circulation pun lebih baik... berbaloi2...!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Thursday 7 August 2014

15 Punca Kenapa Susah Nak Kurus


Assalamualaikum wbr...

Dah masuk 11 Syawal hari ni kan.. rasanya masih belum terlewat untuk Miza ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada pengunjung2 blog Miza ni... raya kan sebulan... ekekeke.. tapi sebenarnya, nak bermaaf-maafan tak perlu tunggu bulan Syawal je kan...
Maafkan salah dan silap Miza selama Miza sharing atau membebel dalam blog yang tidak seberapa ini... kot2 lah ada yang menyinggung perasaan ke, tersentap ke apa kan... maafkan Miza ya..sesungguhnya Miza manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan...

Ok lah.. biasanya.. kalau sebut bulan Ramadhan, mostly orang ingat pasal tak boleh makan.. lapar dan dahaga je kan? Kalau bulan Syawal lak..? ingat makannnn je eh? sebab banyak jemputan open house sana sini... hah, makan tu makan jugak dik non... tapi jangan sampai berlebihan... apa2 yang kita amik pun, kalau diambil secara berlebihan pasti akan memudaratkan...

Yang Miza nak share hari ni... artikel kenapa kita susah nak kurus walaupun dah beriya2 diet, amik suplemen, ubat kurus, ikut petua mak nenek segala, tapi tak jadi2... hah cuba semak balik... maybe dalam banyak2 ni ada yang kena dengan idung kita... cuba2 lah ubah ye!
 

Kenapa susah nak turun berat badan walaupun setiap hari diet? Ini keluhan biasa dalam proses menurunkan berat badan. Walaupun anda seorang yang rajin bersenam tetapi berat badan bukan saja tak nak turun, malah terus bertambah pula! Mungkin sebenarnya terdapat banyak kebiasaan buruk yang anda ‘terlupa’ semasa di dalam proses diet atau menurunkan berat badan. Okay, berikut kami ingin kongsikan 15 punca mengapa anda sukar menurunkan berat badan.


1. Pengambilan air soda

Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa.


2. Kurang tidur

Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan.


3. Tidak bersarapan

Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari.


4. Makan terlalu cepat

Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tak, kalau makan tu terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala tu tak sempat kunyah dah telan terus. Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20 minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.


5. Kurang minum air putih

Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.


6. Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan

Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti. Ha, tapi itu tak bermaksudlah anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi tau. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam ke, amalkan pola pemakanan sihat.


7. Makan Ketika Tertekan/Stres

Ketika stres, ada di antara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. So ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.


8. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Tahu tak dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.


9. Terlalu banyak menonton televisyen

Ketika menonton televisyen, fikiran anda lebih tertumpu di hadapan televisyen. Jadi anda lebih cenderung makan makanan ringan semasa menonton televisyen kadang-kadang sampai terlebih-lebih tanpa disedari.


10. Pinggan Yang Digunakan Bersaiz Besar

Pinggan besar, makin banyak makanan yang boleh diisi. Bila banyak makanan boleh diisi, banyak lah yang kita makan. Bila makan banyak, badan jadi gemuk. Simple kan? Maksud saya simplekan cara untuk menjadi gemuk.


11. Pesan Combo Makanan

Biasanya menu combo di restoran lebih murah dari harga makanan ala carte dan mempunyai bermacam side menu tambahan. Tapi jangan lupa dengan menu combo tu, anda akan mengambil lebih banyak kalori dan dah tentu jugaklah anda akan menghabiskannya kerana tidak mahu membazir. Faham tak konsepnya disitu?


12. Minum Kordial

Jus dan kordial adalah merupakan jenis minuman yang berbeza. Minuman kordial biasanya mengandungi sedikit kandungan buah asli tetapi pemanis buatan fruktosa yang tinggi berbanding jus buah sebenar yang datangnya 100% dari buah sebenar. Jadi, pilihlah jus buah sebenar (boleh je blend sendiri kan) kerana ia pasti kurang gula buatan berbanding jus sebenar.


13. Makan Dengan Potongan Yang Besar

Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan.


14. Malas Bersenam

Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan (diet lah katakan), tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang yang berlemak itu tanpa senaman. Badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam. Banyak video senaman mudah yang anda boleh lakukan di rumah yang terdapat di YouTube. Semua dihujung jari.


15. Makan Lewat Malam

Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam tu membuak-buak, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah. Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal.

Kredit pada blog Wanista

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali!

Lamanya tak update blog.. last post tahun 2019, aduhaiiii… ni dah masuk tahun 2022. Masih ada ka yang dok baca blog lagi?  Kakmaneh cuba ins...